NAK KURUS? CUKUPKAN KEPERLUAN AIR SEHARI!

 Nak Kurus: 8 Tips Mudah Untuk Anda Cukupkan Keperluan Air Sehari!

Bila sebut nak kurus, nak tak nak anda memang tak boleh lari dari perlu minum air kosong secukupnya. Sebenarnya bukan nak kurus je tau kena minum cukup air. Nak sihat pun sama. Antara tanda yang boleh anda lihat bila badan anda kekurangan air adalah warna urine jadi kuning pekat, kulit jadi kusam, rasa pening kepala dan anda akan rasa panas seperti nak demam. 

 

Air Sangat Penting Untuk Tubuh Badan Kita!

Berapa banyak air perlu diminum setiap hari? Senang je nak kira. 1L air diperlukan setiap 20-25kg berat badan. Jika berat anda 70kg, anda perlu minum sekitar 2.8L - 3L air kosong sehari. Tak perlu minum sampai bergelen-gelen air pun tau. Mitos je semua tu.  70% organ badan kita perlukan air untuk berfungsi di tahap optimum. Kalau nak kurus, kena rajinkan diri minum air kosong lagi untuk result yang lebih baik.

Dulu, sebelum kenal Herbalife Nutrition, saya memang tak suka minum air. Purata hanya 500ml je sehari. Akibatnya, masalah sembelit, buasir dan sakit kepala selalu menyerang. Alhamdulillah, selepas kenal Herbalife Nutrition, saya tiada masalah untuk habiskan 3-4L sehari!

>> Ketahui bagaimana saya berjaya menurunkan berat 22kg kurus selepas bersalin bersama Program Coaching Kurus 21 Hari di sini!

8 Tips Nak Minum Air Banyak Dengan Mudah



Nak kurus, mestilah bersedia untuk berubah. Tak susah pun sebenarnya nak minum air banyak ni. Cuba tips di bawah:

1) Minum segelas air kosong sebaik sahaja anda bangun tidur. 

Bila baru bangun, anda masih pening, mulut anda kering, anda perlukan sesuatu untuk 'segarkan' badan anda. Daripada anda terus sambar secawan kopi, lebih baik anda minum segelas air kosong atau bancuh Herbalife tea mix suam. Saya suka bancuh air kosong campur aloe vera herbalife, terus saya cari toilet dalam masa kurang setengah jam!

2) Sentiasa bawa botol air dengan anda sepanjang masa. 

Pengalaman saya, bila botol air betul-betul di hujung jari saya, saya lebih kerap minum air dan kadang-kadang tak sedar dah habis 1L tea mix yang saya bancuh dalam botol air herbalife saya ni, kurang dari sejam.

3) Minum segelas air kosong 30 minit sebelum makan. 

Saya selalu mencabar diri saya untuk amalkan tabiat ni bila saya nak kurus. Susah juga pada mulanya nak disiplin. Tetapi saya perasan, kalau saya minum dulu sebelum makan, saya akan makan lebih sedikit dan saya lebih cepat kenyang.

4) Minum air kosong + tea mix. 

Jika anda tidak suka rasa air kosong yang plain dan boring, saya cadangkan anda mencuba herbalife tea mix yang mempunyai rasa lemon dan peach. Memang berkesan untuk saya yang tidak suka rasa air kosong yang tawar. Bila campur dengan tea mix lemon, rasa macam tengah minum ice lemon tea. Bancuh sejuk-sejuk, sedapnya!

5) Minum air daripada botol yang mempunyai straw. 

Saya suka botol air herbalife. Baik yang 1L mahupun yang 2L, kedua-duanya mempunyai straw yang sangat memudahkan saya untuk minum air kosong lebih banyak untuk bantu saya nak kurus. Bila minum guna straw, saya tak perasan pun saya dah minum banyak air dalam masa 1 hari!

6) Cabar diri anda sendiri! 

Kalau anda suka mencabar diri sendiri, apa salahnya anda cabar diri anda hari ini, "Aku nak kurus, jadi..aku mesti habiskan 4L air kosong hari ni!" Tak salah mencabar diri sendiri untuk sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri kita sendiri bukan?

7) "One step at a time" 

Untuk permulaan, memang susah bagi saya yang tak suka minum air ni nak terus minum 2, 3 atau 4L air kosong sehari. Tapi, saya fikir nak kurus, saya berubah, sedikit demi sedikit, dan saya lakukan setiap hari. Hari ni saya minum 1L, esok saya tambah kepada 1.2L, lusa saya tambah lagi kepada 1.5L dan seterusnya. Saya percaya anda juga boleh berubah!

8) Jadikan tabiat baru.

Dulu saya memang benci nak minum air kosong. Tapi, bila saya ambil langkah kecil sedikit demi sedikit..berterusan setiap hari..lama-lama, saya pun tak sedar saya tiada masalah nak minum air kosong banyak-banyak sekarang. Cepat pulak haus sepanjang hari. Dah jadi kebiasaan pulak sekarang, alhamdulillah.

Dalam Program Coaching 21 Hari yang kami jalankan, peserta mendapat banyak tips dan teknik yang pelbagai untuk cukupkan keperluan air. Ada juga resepi air manis sihat yang sedap dan rendah kalori hasil campuran beberapa nutrisi Herbalife yang luar biasa. Semuanya dikongsikan istimewa buat peserta sahaja 😉

Antara testimoni terkini peserta program ini:









PROGRAM KURUS DENGAN ILMU SECARA SIHAT

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini









Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!