Posts

Showing posts from August, 2021

NAK KURUS ELAKKAN MAKANAN BERGORENG!

Image
NAK KURUS? 4 SEBAB KENAPA MAKANAN BERGORENG BAHAYA UNTUK KESIHATAN Dalam proses nak kurus , salah satu perkara yang boleh kita elak adalah dengan menukar cara masakan kita. Tipikal rakyat Malaysia memang terkenal dengan kaedah masakan menggoreng. Semua benda kalau boleh nak digoreng. Sebab tu boleh ada bayam goreng, cendawan goreng, pisang goreng, roti goreng dan banyak lagi. Kreatif sungguh rakyat Malaysia ni hehe... Kaedah menggoreng ni memang satu cara yang mudah dan pantas dalam proses kita nak sediakan makanan. Rasa makanan tersebut pun lebih sedap dan berlemak.  Namun, adakah anda tahu bahawa kebaikan sesuatu makanan tersebut jatuh merudum apabila anda menggorengnya? Jom saya kongsikan kepada anda: 4 Sebab Kenapa Makanan Bergoreng Bahaya Untuk Kesihatan. #1 Kalori Makanan Meningkat Makanan yang sama jika direbus mempunyai kalori yang jauh lebih rendah berbanding digoreng. Malah nutrisi di dalamnya juga jadi berbeza. Contoh: Kalori Telur Rebus Sebiji = 94 kalori Kalori Telur Goren

NAK KURUS WAJIB TAHU TENTANG METABOLISME, PERTAMBAHAN UMUR DAN BERAT BADAN

Image
Nak Kurus: Jom Ketahui Tentang Metabolisma!  Bila nak kurus , satu perkara yang wajib anda faham selain dari kalori adalah METABOLISMA. Apa Itu Metabolisma? Reaksi biokimia dalam badan yang mempengaruhi pembakaran kalori. Semakin tinggi metabolisma, semakin banyak dan cepat badan anda boleh bakar kalori tanpa bersenam. Metabolisma ni boleh naik dan turun. Semakin tinggi peratus lemak dalam badan anda, semakin rendah kadar metabolisma badan anda. Dan semakin sukarlah anda nak kurus ! 4 MITOS vs FAKTA tentang METABOLISMA! MITOS vs FAKTA METABOLISMA #1 Mitos: Orang yang kurus mempunyai metabolisma yang tinggi secara semulajadi. Fakta: Tinggi atau rendah metabolisma seseorang dipengaruhi oleh jisim otot dalam badan. Semakin tinggi jisim otot seseorang, semakin tinggi metabolisma. Barulah senang nak kurus. MITOS vs FAKTA METABOLISMA #2 Mitos:  Bila makin berusia, metabolisma badan kita wajib akan merosot dan takkan boleh berubah dah. Redha jelah… Fakta: Metabolisma badan boleh naik turun wa

5 JENIS ORANG YANG TENGAH DIET KURUS YANG SELALU KITA JUMPA

Image
TENGAH BUAT DIET KURUS? CUBA CHECK ANDA DALAM KATEGORI YANG MANA SATU? Anda tengah buat diet kurus ke tu? Buat diet-style apa? Dah berjaya turun berapa kg? Haaaa apa pun cara diet kurus yang anda sedang lakukan, pastikan anda buat dengan SABAR dan KONSISTEN tau. Harini saya nak share topik santai. Kita nak tengok sama-sama mengenai:  5 JENIS ORANG YANG TENGAH DIET KURUS YANG SELALU KITA JUMPA   🤗 #1 Kena Ada Partner / Kawan Kalau buat sorang-sorang dia mudah give up. Dia mudah ke laut dalam. Bila ada kawan, barulah bersemangat. Boleh tukar-tukar resepi, bersaing secara sihat dan saling beri dorongan satu sama lain.  #2 Diet Mula Isnin Isnin nantilah aku mula diet! Haaa biasa sangat kita dengar ayat macam ni kan. Ni pun ramai saya biasa jumpa. Masalahnya sekarang Isnin bila pun tak tahu! Tangguh punya tangguh, sedar-sedar dah habis tahun 2021! #3 Asyik Nak Timbang Berat Setiap Hari Haaaaa yang ni memang selalu jumpa! Eh saya sendiri pun selalu buat dulu masa takde ilmu! 😂  Ya ampu

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

Image
Herbalife Tea Mix Bukan Teh Kurus! *Produk tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnos atau mengubati sebarang penyakit Ramai orang salah faham dengan  herbalife tea mix   ni. Ingat ni teh kurus. Minum minum, magic je boleh kurus tanpa perlu ubah tabiat pemakanan. Kalau betul gitu, dah ramai orang yang berjaya kurus, senang sangat tu hehe..Salah faham tu ye, Herbalife tea mix bukan teh kurus. Nak turun berat badan, nak tak nak anda wajib ubah tabiat pemakanan. Kita naik berat badan sebab kita makan berlebihan kalori dari keperluan badan. Kemudian kalori tu tak dibakar, maka ia akan ditukar dan disimpan menjadi lemak dalam badan kita.  Lama kelamaan, metabolisma badan akan merosot dan pembakaran kalori akan menjadi perlahan. Namun jangan risau, ada banyak cara nak tingkatkan metabolisma badan . Dan di antaranya adalah dengan minum cukup air kosong setiap hari.  >> Dapatkan 8 Tips Mudah Nak Minum Air Kosong Di Sini! Tipikal rakyat Malaysia memang normal ye ramai yang kurang

RESEPI DIET KURUS SIHAT

Image
3 RESEPI SAYUR LULUS DIET KURUS! Anda tengah buat diet kurus ? Pening nak makan apa untuk cukupkan keperluan serat diet kurus anda? Dah bosan makan salad dan ulam-ulam?  Jangan pening lagi! Jom harini Coach Azura nak kongsikan 3 resepi sayur yang boleh anda cuba hari ini! Yang penting lulus diet kurus ! #1 Resepi Pecal Sihat Bahan-bahan: Tauhu  Tempe  Kacang panjang  Lobak merah Timun Peanut butter (No added sugar) Garam bukit Cili blend Sayuran lain yang boleh digunakan: Pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan taugeh Cara-Cara: Celur semua sayur dan toskan sehingga kering. Grill kan tauhu dan tempe, kemudian potong dadu. Hiris halus timun dan lobak. Cara Penyediaan Kuah Pecal Sihat: Masukkan air dalam periuk. Masukkan peanut butter no added sugar. Masukkan bawang putih, cili blend, air asam jawa. Masakkan kesemuanya bahan di atas, biar kuah mendidih sehingga menjadi pekat. #2 Resepi Salad Campur Bahan-bahan: Timun biasa/timun jepun Tomato Salad Greek yogurt Perahan lemon Cara Penyediaan: