Posts

Showing posts from July, 2021

NAK KURUS TAPI SUKA MAKAN DESSERT? ANDA BUKAN KESEORANGAN!

Image
Nak Kurus Tapi Hobinya Makan. Lebih-lebih lagi dessert!  Dessert atau pencuci mulut memang kegemaran semua. Walaupun perut dah kenyang, kadang-kadang memang tak mampu nak tolak bila datang kek coklat yang sedap, aiskrim yang sangat sedap, atau puding caramel yang wow!  Namun, ramai yang terus berputus asa untuk nak kurus apabila mereka tak jumpa cara yang mudah untuk enjoy makan dessert tanpa perlu risau naik berat badan. Jom dengarkan video perkongsian dari Coach Azura di bawah! 5 Tips Makan Dessert Semasa Nak Kurus Simple je kan? Saya sendiri penggemar dessert. Pantang tengok cheese kek, brownies dan aiskrim memang suka sangat. Namun alhamdulillah selepas berjumpa dengan Program Coaching Kurus 21 Hari ini saya semakin faham tentang ilmu nutrisi, penakanan sihat, kalori dan macam-macam lagi. Ilmu ni sangat mahal untuk bantu saya enjoy makan dessert sambil nak kurus ! Jom lihat testimoni terbaru peserta program coaching kurus 21 hari ini! PROGRAM KURUS DENGAN ILMU SECARA SIHAT •Meal

NAK KURUS: 4 HIDANGAN SAYUR WAJIB ELAK

Image
Nak Kurus: Jauhi Menu Sayur Ini! Dalam proses anda nak kurus , sayur merupakan makanan  yang penting yang anda perlu makan dalam setiap hidangan pinggan seimbang anda. Sayur memberikan sumber serat, vitamin dan minerals yang akan membantu anda kenyang lebih lama, melancarkan sistem penghadaman dan sebagainya. Namun, tak semua hidangan sayur adalah sihat dan boleh membantu anda nak kurus. Sayur takkan bantu anda kurus jika anda tersalah cara masakan dan penyediaannya. Jom harini Coach Azura nak kongsikan kepada anda: 4 HIDANGAN SAYUR WAJIB ELAK JIKA NAK KURUS #1 Sayur Goreng Sayur goreng ni memang menu paling selalu kita jumpa kan. Dari kecik pun memang kita selalu nampak mak kita 'goreng sayur'. Adakah anda tahu bahawa dengan menggoreng sayur, kita berpotensi kehilangan nutrient yang ada di dalam sayur tersebut? Malah lebih buruk lagi kalori sayur tersebut pun akan bertambah hasil dari menggoreng bersama minyak tersebut. Lemak tepu pun kita dapat juga yang mana sememangnya tida

DIET KURUS: 9 MAKANAN YANG MEMPUNYAI GULA TERSEMBUNYI

Image
 Diet Kurus: Gula Musuh Utama!  Dalam proses diet kurus , musuh sebenar anda bukannya lemak. Tetapi gula! Gula merupakan ketagihan nombor satu manusia. Walaupun gula juga antara makanan yang diperlukan oleh badan untuk memberikan tenaga, namun kita tak perlukan gula secara berlebihan. Gula berlebihan akan menyebabkan ia ditukar menjadi LEMAK dalam badan. Dan akan menyebabkan obesiti abdominal kerana lemak akan lebih banyak terkumpul di bahagian abdomen. Jom Kenali 2 Jenis Gula! Gula Semulajadi Gula yang wujud secara semulajadi di dalam makanan atau minuman. Contohnya seperti laktosa di dalam susu dan glukosa dan fructosa di dalam buah. Gula Tambahan Gula yang ditambah pada makanan atau minuman. Contohnya seperti gula pasir, sukrosa, sirap dan karamel. Kebanyakan gula di pasaran adalah ‘gula tersembunyi’ dalam makanan proses. Banyak makanan diluar sana yang kita ingat boleh bantu diet kurus kita. Rupa-rupanya ada gula  tersembunyi.  Jom harini Coach Azura nak bongkarkan 9 Makanan Yang

KEBAIKAN SENAMAN UNTUK WANITA

Image
Kebaikan Senaman: Bukan Untuk Kurus Je! Ramai orang fikir nak kurus kena buat senaman. Sedangkan senaman ni memang bagus je untuk kita amalkan bukan hanya untuk nak kurus, malah untuk kesihatan badan kita juga. Ada banyak jenis senaman yang boleh anda pilih untuk lakukan. Yang penting anda enjoy nak buat.  Jom harini Coach Azura nak share 5 kebaikan senaman khas untuk wanita! 5 Kebaikan Senaman Untuk Wanita Kebaikan Senaman #1: Balancekan Hormon Kita wanita ni memang selalu mood cepat berubah kan. Sekejap kita happy, sekejap rasa nak nangis, sekejap rasa nak marah, selalunya tanpa sebab. Semua ni berlaku sebab hormon kita tak balance dalam badan. Ada banyak punca hormon tak balance ni. Salah satunya bila badan kita tak dapat cukup nutrisi. Jadi, dengan mengamalkan senaman yang anda suka, boleh membantu balancekan hormon anda. Kebaikan Senaman #2: Anti-Penuaan Semasa kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan satu hormon happy yang dipanggil sebagai hormon endorphins. Sebab tu kita r

NAK KURUS? CUKUPKAN KEPERLUAN AIR SEHARI!

Image
  Nak Kurus: 8 Tips Mudah Untuk Anda Cukupkan Keperluan Air Sehari! Bila sebut nak kurus , nak tak nak anda memang tak boleh lari dari perlu minum air kosong secukupnya. Sebenarnya bukan nak kurus je tau kena minum cukup air. Nak sihat pun sama. Antara tanda yang boleh anda lihat bila badan anda kekurangan air adalah warna urine jadi kuning pekat, kulit jadi kusam, rasa pening kepala dan anda akan rasa panas seperti nak demam.    Air Sangat Penting Untuk Tubuh Badan Kita! Berapa banyak air perlu diminum setiap hari? Senang je nak kira. 1L air diperlukan setiap 20-25kg berat badan. Jika berat anda 70kg, anda perlu minum sekitar 2.8L - 3L air kosong sehari. Tak perlu minum sampai bergelen-gelen air pun tau. Mitos je semua tu.  70% organ badan kita perlukan air untuk berfungsi di tahap optimum. Kalau  nak kurus , kena rajinkan diri minum air kosong lagi untuk result yang lebih baik. Dulu, sebelum kenal Herbalife Nutrition, saya memang tak suka minum air. Purata hanya 500ml je sehari. Akib

KURUS SELEPAS BERSALIN: RAHSIA SAYA!

Image
Kurus Selepas Bersalin: 5 Tips Anda Perlu Tahu! Ramai para ibu diluar sana mengalami masalah berat badan selepas bersalin. Termasuklah saya dulu. Lepas bersalin anak pertama, saya mengalami masalah susu badan yang kurang. Saya pun cari info di Internet cara-cara nak banyakkan susu. Lepas cuba macam-macam petua, kena makan itu kena makan ini, akhirnya dalam tak sedar berat badan saya pula yang naik! Susu takdelah meriah mana pun! Sampai satu tahap saya ditegur oleh saudara lelaki, "Eh Zura! Kau anak baru sorang badan dah macam ni. Kalau anak dah ramai nanti macam mana?" Wah masa ni rasa malu betul! Dan saya sangat berterima kasih kat beliau sebab sedarkan saya tentang pentingnya saya jaga kesihatan saya waktu tu. Iyelah, bila dah jadi mak-mak ni kan kadang-kadang kita lupa nak jaga diri sendiri. Sibuk menjaga anak dan keluarga je.  So saya pun cari jalan nak kurus selepas bersalin . Alhamdulillah saya jumpa Program Coaching Kurus 21 Hari yang sangat amazing! Alhamdulillah deng

NAK KURUS? DIET SENDIRI vs DIET BERSAMA GROUP

Image
NAK KURUS: 5 SEBAB DIET SENDIRI SELALU GAGAL Anda tengah usaha nak kurus ke tu? Diet sendiri ke atau diet beramai-ramai? Dulu saya pernah cuba diet sendiri-sendiri ni. Memang tak berjaya kurus jawapan die! Makin naik lagi badan ade hehe. Sebab stress naik penimbang tengok tak turun-turun. Akibatnya bila stress je makan, stress je makan! Banyak kekurangan bila kita diet sendiri ni. Dan semua ni menyebabkan diet nak kurus kita akan gagal. Jom kita tengok sama-sama apakah kekurangan bila anda buat diet nak kurus sendiri-sendiri. #1 Diet Tanpa Ilmu Nak berjaya buat apa-apa pun ILMU tu wajib ada. Termasuklah bila anda nak kurus . Diet nak kurus ni ade macam-macam style. Setiap style ade falsafah mereka tersendiri. Jadi penting sangat untuk anda ada ilmu yang betul. Supaya anda tak keliru nak ikut diet kurus style yang mana satu. Setiap diet style tu tak boleh digabungkan tau sebab nanti mesti  jumpa jalan buntu.  #2 Tiada Bimbingan Bayangkan si A dan B tengah nak belajar bawak kereta untuk

TIPS KURUS: JANGAN HARUS SKIP SNACKING!

Image
Tips Kurus: Snacking Bantu Turun Berat Badan Lebih Laju! Ramai orang nak kurus. Tapi bila selalu lapar je sepanjang hari, niat nak kurus tu pun terkorban sebab ramai gagal kawal nafsu makan. Lebih-lebih lagi bila sekarang situasi kita kena duduk di rumah je ni. Bila tak boleh pergi ke mana-mana, mulalah asyik rasa bosan. Haaaa bila dah bosan, memang mulut pun mulalah cari bahan nak mengunyah! Sebab tu lah ramai naik berat badan sepanjang PKP! Nak kurus ni sebenarnya memang boleh je makan kerap. Tips kurus ni memang harus anda percaya. Namun pemilihan makanan tu yang perlu betul. Dan ramai juga yang salah sangka ingatkan nak kurus ni tak boleh makan. Sedangkan cara kurus yang betul dan sihat adalah kita perlu makan 3 kali makanan utama dan 2 kali snacking yang sihat. Jadi hari ini Coach Azura nak share tentang tips kurus kenapa pentingnya pengambilan snacking dalam proses anda nak kurus. Jom sama-sama kita baca tips kurus tentang snacking sihat di bawah ini! Apa Itu Snacking Snacking a