Posts

Showing posts from June, 2021

KESAN SAMPINGAN HERBALIFE: HERBALIFE NI BAHAYA KE?

Image
Kesan Sampingan Herbalife Sejak dua menjak ni, ramai pula yang bertanya saya apakah kesan sampingan herbalife ? Saya dulu pun sama seperti anda, sebelum nekad dan buat keputusan nak guna Herbalife Nutrition untuk nak kurus, saya pun bertanya soalan yang sama, ada ke    kesan sampingan herbalife ni bila kita guna? Okey untuk pengetahuan anda, Herbalife Nutrition ni bukan ubat kurus tau. Ia hanyalah makanan yang mengandungi nutrisi seimbang dan sesuai untuk semua orang termasuklah orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Waktu saya dapat tahu Herbalife Nutrition ni selamat untuk ibu mengandung dan kanak-kanak, saya terus yakin bahawa kesan sampingan Herbalife ni inshaaAllah takde yang buruk-buruk. Iyelah, kalau tak bagus takkan lah Herbalife Nutrition ni boleh bertahan di dunia selama 41 tahun dan sudah berada di 95 buah negara termasuk Korea dan Jepun kan! Antara kesan sampingan herbalife yang saya sendiri alami adalah: #1 Saya berjaya turun 22kg kurus selepas b

RESEPI TOMYAM PUTIH

Image
Resepi Tomyam Putih: Kurus Sambil Makan Nasi Sebut je tomyam terus kecur air liur. Tapi kalau tengah diet, boleh ke makan tomyam? Bukan ke tomyam ada kiub, perencah dan paste yang sangat tinggi garam dan gula? Haaa jangan risau! Harini coach nak share RESEPI TOMYAM PUTIH yang sihat, tidak menggunakan apa-apa kiub, paste dan perencah. Jom kita tengok video resepi tomyam putih dibawah! Kalau anda suka makan tomyam dengan warna kemerah-merahan, anda boleh blend je tomato tu tau. Fuhhhh macam ni pun sangat sedap rasa dia! Boleh cuba resepi tomyam putih ni tau dan makan tomyam putih ni dengan nasi putih panas-panas dan boleh tambah lagi portion sayuran hijau untuk cukupkan keperluan serat. Barulah cukup kenyang lama lunch anda! Jangan lupa tinggal komen nanti ye jika anda dah berjaya cuba resepi tomyam putih ini! 😉 Nak kurus ni tak perlu seksa diri elak nasi. Nasi tak bersalah. Yang salah bila makan nasi tak ikut portion, makan nasi bertambah-tambah dan berulang kali.  Dalam program coa

NAK KULIT CANTIK: 5 PERKARA WAJIB ELAK KALAU NAK KULIT CANTIK

Image
Nak Kulit Cantik Wajib Jauhi 5 Perkara Ini! Nak kulit cantik sememangnya impian setiap wanita. Kita bukan semata nak kulit cantik , malah yang paling penting adalah kulit yang sihat. Saya percaya mesti dah banyak tips nak kulit cantik yang anda dah jumpa diluar sana kan?  Jadi harini saya nak share tentang apa dia 5 perkara yang anda wajib elak jika anda serius nak kulit cantik. Paling penting lepas dah baca tips  ini pastikan anda terus amalkan tau. Barulah berhasil! 😉 5 PERKARA WAJIB ELAK KALAU NAK KULIT CANTIK #1 Gula Makanan dan minuman bergula memang sedap. Namun ia hanya sedap di mulut tapi merosakkan kesihatan kita dari dalam. Gula yang berlebihan boleh mengurangkan kolagen yang ada dalam badan kita. Kolagen merupakan sejenis protein yang berfungsi untuk memegang kulit kita untuk menjadi tegang dan sihat. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan ikatan kolagen dalam badan kita terputus, jadi kulit kita akan jadi kendur dan tak cantik. Semakin meningkat usia kita, semak

NAK KEMPIS PERUT: 4 MITOS POPULAR!

Image
Nak Kempis Perut: Elakkan Percaya 4 Mitos Ini! Perut kempis memang impian setiap wanita. Lagi-lagi ibu yang sudah melahirkan anak. Semua ibu pasti berimpian nak kurus selepas bersalin . Bila dah lama bersalin, anak pun dah besar, tapi kita selalu termenungkan mengenangkan perut masih buncit macam masih mengandung 6 bulan! Hari-hari duk fikir macam mana nak kempis perut ni??? Saya percaya anda mesti pernah dengar macam-macam cara nak kempis perut dekat luar sana kan? Jom harini saya nak kongsikan 4 Mitos Popular Cara Nak Kempis Perut ! #1 Minum Air Lemon Setiap Hari Lemon memang bagus untuk kesihatan. Lemon kaya dengan vitamin C dan tinggi antioksida. Namun, lemon tidak boleh potong lemak. Ramai salah faham bila mereka fikir tak perlu jaga pemakanan, minum je air lemon berliter-liter setiap hari bila nak kempis perut. Nak kempis perut takde cara lain kecuali fokus jaga pemakanan 80%. #2 Minum Jus Detox Haaa yang ini pun ramai yang suka buat. Nak kempis perut cepat, mereka pun buat air

TIPS KURUS: SNACKING SIHAT BANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Image
Tips Kurus: Nak Kurus Cepat, Jangan Abaikan Pengambilan Snacking! Dalam proses nak kurus, antara tips kurus yang tidak boleh diabaikan adalah pengambilan snacking sihat sangat penting setiap hari. Namun masih ramai yang takut nak ambil snacking kerana masih ramai yang salah faham. Mereka fikir jika nak kurus hanya perlu makan kurang (defisit kalori) jika nak berjaya kurus tanpa menghiraukan tentang kepentingan nutrisi. Sedangkan ada banyak faedah yang boleh anda perolehi jika anda tidak mengabaikan tips kurus ambil snacking ini. Jom kita fahami lebih lanjut tentang tips kurus kali ini iaitu tentang kepentingan snacking. Apa Itu Snacking? Snacking adalah makanan ringkas yang diambil di antara waktu makan utama. Contohnya di antara waktu sarapan ke makan tengahari dan antara waktu makan tengahari ke waktu makan malam. Snacking sebaiknya di ambil 3 jam selepas waktu makan utama. Apakah Contoh Snacking Yang Sihat? Snacking yang baik dan sihat contohnya seperti buah, roti gandum, kekacang

NAK KURUS: ELAKKAN 6 KESILAPAN POPULAR INI!

Image
Nak Kurus: 6 Kesilapan Punca Ramai Gagal Kurus Setuju tak jika saya kata berat badan ni sangat berkait rapat dengan GAYA HIDUP kita. Amalan pemakanan harian kita. Ramai yang berusaha nak kurus tapi gagal dalam usaha mereka. Sebab apa, sebab mereka gagal jadikan cara diet mereka sebagai gaya hidup. Sangat penting sebelum memulakan sesuatu jenis diet nak kurus , pastikan anda boleh jadikan diet tersebut sebagai gaya hidup anda. Yang anda boleh lakukan dan amalkan setiap hari sampai bila-bila. Sebab kita nak kurus bukan sehari, bukan sebulan, bukan setahun. Tapi sampai bila-bila. Jadi bayangkan kalau anda pilih cara diet yang menyebabkan anda stress, tak happy nak buat hari-hari, dan anda buat hanya semata nak kurus.. Sebab tu lah 90% orang yang dah berjaya kurus akan naik berat badan semula! Sebab lepas mereka dah kurus, mereka terus patah balik kepada tabiat pemakanan yang lama. Jom kita tengok 6 kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai orang ketika mereka berusaha nak kurus .  #1 Sel