NAK KURUS: ELAKKAN 6 KESILAPAN POPULAR INI!
Nak Kurus: 6 Kesilapan Punca Ramai Gagal Kurus
Setuju tak jika saya kata berat badan ni sangat berkait rapat dengan GAYA HIDUP kita. Amalan pemakanan harian kita. Ramai yang berusaha nak kurus tapi gagal dalam usaha mereka. Sebab apa, sebab mereka gagal jadikan cara diet mereka sebagai gaya hidup.
Sangat penting sebelum memulakan sesuatu jenis diet nak kurus, pastikan anda boleh jadikan diet tersebut sebagai gaya hidup anda. Yang anda boleh lakukan dan amalkan setiap hari sampai bila-bila. Sebab kita nak kurus bukan sehari, bukan sebulan, bukan setahun. Tapi sampai bila-bila.
Jadi bayangkan kalau anda pilih cara diet yang menyebabkan anda stress, tak happy nak buat hari-hari, dan anda buat hanya semata nak kurus.. Sebab tu lah 90% orang yang dah berjaya kurus akan naik berat badan semula! Sebab lepas mereka dah kurus, mereka terus patah balik kepada tabiat pemakanan yang lama.
Jom kita tengok 6 kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai orang ketika mereka berusaha nak kurus.
#1 Selalu Stress
Dalam kehidupan zaman sekarang, stress tu memang tak boleh nak elak. Namun anda boleh kawal tahap stress anda supaya ia tak melemahkan sistem imun badan. Stress menyebabkan hormon kortisol dikeluarkan dan hormon insulin akan meningkat. Hormon ini akan merangsang sel lemak anda dan menyebabkan anda rasa lapar berpanjangan. Ia takkan membantu anda nak kurus. Sebab tu bila stress je kita rasa nak makan! Bahaya kan?
#2 Usus Tak Bersih
Usus adalah tempat dimana penyerapan segala nutrisi yang kita ambil berlaku. Bayangkan jika usus kita kotor, bagaimana usus nak menyerap segala nutrisi baik yang kita makan dan minum setiap hari? Setiap hari kita kene ‘servis’ supaya dalaman bersih. Kalau bersih dalaman, maka penyerapan nutrisi berlaku dengan baik. Barulah mudah anda nak kurus.
#3 Minum Kalori
Minum air yang cukup boleh membantu untuk badan kita lebih sihat dan nak kurus. Namun ramai salah faham bila mereka ingat segala jenis air pun boleh bantu untuk nak kurus. Air yang sepatutnya kita minum setiap hari adalah air kosong. Bukan air manis. Air manis mengandungi kalori. Air puting tiada kalori. Kalori dalam air manis adalah kalori sia-sia sebab tak mengenyangkan malah melambatkan lagi proses anda nak kurus.
#4 Banyak Duduk. Gaya Hidup Tak Aktif
Zaman pandemik sekarang kita semua kena duduk di rumah je kan. Kerja dari rumah, belajar dari rumah, segalanya dari rumah. Jadi ramai di kalangan kita yang lebih banyak menghabiskan masa dengan duduk sahaja. Apabila anda telah duduk selama 30-40minit, anda perlu bangun dan bergerak lakukan regangan atau senaman ringkas kerana metabolisme badan anda akan merosot jika anda duduk pada tempoh yang sangat lama.
5# Makan Lebih Kalori
Naik turun berat ni semuanya berkait rapat dengan kalori. Ada sifir mudah nya. Makan lebih kalori akan naik berat badan. Makan kurang kalori boleh bantu turun berat badan. barulah boleh berjaya nak kurus!
#6 Kurang Rehat & Tidur Yang Tak Cukup
Rehat dan tidur yang cukup boleh bantu untuk tingkatkan metabolisma badan anda. Jika anda kurang rehat dan tidur yang berkualiti, metabolisma badan anda akan menjadi perlahan dan ia tidak membantu untuk pembakaran kalori optimum berlaku.
Dalam program 21 Hari Coaching Kurus Online, ada pelbagai teknik yang kami ajarkan kepada para peserta supaya setiap kesilapan yang popular ini tidak berlaku.
Alhamdulillah dengan mengamalkan ilmu yang betul, dah ramai para peserta yang telah mendapat hasil yang luar biasa! Jom kita lihat antara kisah transformasi mereka hanya selepas 21 hari bersama program Cabaran Kurus Online kami!
Comments
Post a Comment