NAK KURUS: NAK ENJIN BADAN LEBIH POWER?

Nak Kurus: 6 Cara Bantu Tingkatkan Metabolisme Badan

Apa Itu Metabolisme Badan?

Metabolisme badan adalah kadar pembakaran kalori dalam badan manusia. Nama glamournya enjin dalaman badan. Tubuh badan anda sebenarnya membakar kalori yang berterusan pada setiap waktu, termasuklah ketika anda sedang tidur! 


Metabolisme Badan Kita Berbeza

Ada banyak faktor yang mempengaruhi metabolisme badan kita. Antaranya faktor jantina, kadar peratusan lemak dalam badan, gaya hidup, pemilihan pemakanan, jumlah rehat yang cukup dan jadual pemakanan. Semakin tinggi komposisi otot seseorang, semakin tinggi metabolisme badan individu tersebut.


Metabolisme Badan Boleh Naik dan Turun Ke?

Ya, metabolisme badan boleh meningkat dan berkurang. Untuk mereka yang nak kurus, dah tentu kita nak metabolisme badan yang tinggi kan. Semakin tinggi metabolisme badan kita, semakin power enjin badan kita, semakin banyak kalori yang akan dibakar dan semakin power lah result turun berat badan kita!


Istimewa untuk anda yang nak kurus, harini saya nak share dengan anda tentang 6 cara yang kita boleh amalkan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan kita.


1) Makan Kerap, Dengan Kuantiti Yang Kecil

Tahukah anda, makan 5-6 kali sehari boleh membantu anda nak kurus? Ya betul! Makan dengan kerap pada kuantiti yang kecil boleh meningkatkan metabolisme badan anda. Pastikan anda tahu apa nak makan pada setiap kali waktu makan. Dan kawal pengambilan kalori anda juga ya! Makan kerap dengan kuantiti sedikit ye. Bukan sikit-sikit makan, sikit-sikit makan tau! 😉


2) Makan Makanan Yang Pedas

Jika anda penggemar makanan pedas seperti saya, ini berita baik untuk anda! Makanan pedas dipercayai boleh meningkatkan metabolisme badan kerana kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. 


3) Minum Air Secukupnya

Mungkin tips nak kurus ini sudah biasa anda dengar. Namun memang benar. Minum air 8 gelas sehari seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan sangat penting untuk anda yang nak kurus. Selain membantu meningkatkan metabolisme badan, air juga berperanan penting untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi di tahap yang optimum. Ingat, air kosong tau, bukan air manis! 


4) Lakukan Senaman Pemberat

Dengan melakukan senaman pemberat dipercayai boleh membantu meningkatkan jisim otot badan. Semakin tinggi jisim otot seseorang, semakin tinggi kadar metabolisme badan kita. Namun, anda tak perlulah risau sehingga anda perlu menjadi seorang atlet angkat berat. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lebih banyak kalori. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.


5) Dapatkan Tidur dan Rehat Yang Cukup

Tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kurang tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang berlebihan juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!) Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.


6) Minum Teh Hijau

Jika anda penggemar teh tarik atau kopi, apa kata jika anda tukar kepada teh hijau. Ia dipercayai sangat membantu kita untuk minum air dengan lebih banyak sehari kerana rasanya yang sedap dan rendah kalori. Dan sangat bagus untuk membantu meningkatkan metabolisme badan kita.


Jika anda dah penat berusaha macam-macam cara nak kurus cepat namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari!


PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini


Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!