KURUS SELEPAS BERSALIN: RAHSIA SAYA!
Kurus Selepas Bersalin: 5 Tips Anda Perlu Tahu!
Ramai para ibu diluar sana mengalami masalah berat badan selepas bersalin. Termasuklah saya dulu. Lepas bersalin anak pertama, saya mengalami masalah susu badan yang kurang. Saya pun cari info di Internet cara-cara nak banyakkan susu. Lepas cuba macam-macam petua, kena makan itu kena makan ini, akhirnya dalam tak sedar berat badan saya pula yang naik! Susu takdelah meriah mana pun!
Sampai satu tahap saya ditegur oleh saudara lelaki, "Eh Zura! Kau anak baru sorang badan dah macam ni. Kalau anak dah ramai nanti macam mana?"
Wah masa ni rasa malu betul! Dan saya sangat berterima kasih kat beliau sebab sedarkan saya tentang pentingnya saya jaga kesihatan saya waktu tu. Iyelah, bila dah jadi mak-mak ni kan kadang-kadang kita lupa nak jaga diri sendiri. Sibuk menjaga anak dan keluarga je.
So saya pun cari jalan nak kurus selepas bersalin. Alhamdulillah saya jumpa Program Coaching Kurus 21 Hari yang sangat amazing! Alhamdulillah dengan mengamalkan segala ilmu yang diberi, saya berjaya turun 22kg kurus selepas bersalin!
5 Tips Kurus Selepas Bersalin
Istimewa Untuk Anda!
#1 Keluar Dari Zon Selesa
Ini paling utama. Kalau kita tak nak keluar dari zon selesa kita memang takkan berlaku apa-apa perubahan. Nak sesuatu berubah, kita sendiri kena bersedia untuk lakukan perubahan dulu.
#2 Jaga Pemakanan Setiap Hari
Kita naik berat badan sebab pemakanan. Jadi, nak kurus selepas bersalin dan sihat pun perlu berbalik kepada pemakanan juga. Formula turun berat badan ni mudah je. 80% jaga pemakanan, 20% senaman. Tapi senaman tu taknak buat dulu awal-awal ni pun takpe. Fokus jaga makan tu dulu hari-hari. Bukan timbang berat badan pula hari-hari tau!
#3 Tukar Cara Masakan
Ini pun penting juga. Nak tahu tak, sebenarnya menu semasa kita berpantang tu dulu lah yang terbaik untuk bantu anda nak kurus selepas bersalin. Bila anda tukar cara masakan anda, banyak kalori yang boleh anda jimatkan. Contohnya jika sebelum ini anda biasa menggoreng, boleh tukar kepada bakar, panggang atau kukus. Banyak dah resepi diet sihat yang sedap-sedap sekarang tau! Boleh tengok di sini. Dan di sini juga okey.
#4 Minum Air Kosong 3L Sehari
Air ni memang paling penting. 70% organ badan kita perlukan air. Kalau anda dah makan yang sihat-sihat pun tapi kurang minum air, pun susah nak berlaku kurus selepas bersalin tu. Tambah lagi jika anda seorang ibu menyusu, lagi lah perlu untuk anda minum air minimum 3L sehari tau! Air kosong ye, bukan air manis!
#5 Snacking Buah-Buahan
Ibu menyusu memang kerap rasa lapar. Sebab kita ni membakar extra kalori sekitar 300-500 kalori sehari apabila menyusukan baby. So, untuk mengelakkan berat badan anda naik, elakkan snacking makanan yang mengandungi gula dan lemak tersembunyi seperti biskut, kerepek dan jajan. Khasiat pun takde, rugi je nanti! Pilih snacking buah-buahan yang baik seperti epal, pisang dan jambu batu. InshaaAllah pasti boleh kurus selepas bersalin!
Comments
Post a Comment