KURUS SELEPAS BERSALIN: TURUN 22KG TANPA GANGGU SUSU!!!

Kurus Selepas Bersalin : Mudah Bila Kita Ada Ilmu

Hai Assalamualaikum semua! Salam kenal saya ucapkan buat yang pertama kali sampai ke blog saya ini. Semoga anda dapat sesuatu yang bermanfaat di sini 😉 InshaaAllah harini saya nak share pengalaman saya kurus selepas bersalin.



Kenalkan diri saya Azura, berusia 35 tahun, merupakan seorang surirumah dan ibu kepada 3 orang anak. Dulu selepas melahirkan anak sulung, saya ada masalah susu badan. Disebabkan nekad nak susukan anak selama 2 tahun, saya gigih berusaha mencari dan mencuba pelbagai petua untuk banyakkan susu badan. Bila dah jadi ibu ni saya percaya kebanyakan ibu memang akan meletakkan anak-anak sebagai priority. Jadi fokus saya hanya nak banyakkan susu sehingga saya tak perasan berat badan saya semakin bertambah dek kerana asyik makan itu ini sebab nak banyakkan susu.


Saya tersedar bila seorang saudara lelaki tegur "Eh kau ni anak baru seorang badan dah macam ni. Kalau anak ramai nanti macam manalah agaknya"


AMBIL TEGURAN DARI SUDUT POSITIF, USAHA CARI JALAN & ELAKKAN DOWN BERTERUSAN!


Sejak dari tu, saya pun berusaha cari jalan untuk turunkan berat badan, nak kurus selepas bersalin. Namun, belum sempat nak kurus, tiba-tiba terrrrrpregnant semula anak kedua. 😂 Okey takpe, kita postpone azam nak kurus selepas bersalin.💪


Jadi, selepas bersalin anak kedua, saya pun join Cabaran Kurus Online. Simple sangat-sangat program CKO ni sebab segalanya hanya di online je. Saya dapat mealplan@jadual pemakanan khas untuk ibu menyusu, saya dapat personal coaching, group coaching dan support yang sangat amazing dan supportive. Saya juga dapat macam-macam ilmu pemakanan yang sihat, gaya hidup yang aktif termasuklah tentang senaman. Alhamdulillah dengan mengamalkan segala ilmu tersebut, saya berjaya turun 15kg kurus selepas bersalin tanpa mengganggu proses penyusuan anak saya.

Kurus Selepas Bersalin Anak Kedua


BERAT BADAN TURUN, KESIHATAN BERTAMBAH BAIK

Bila berat badan kita turun, amazing sangat sebab tahap kesihatan dan hormon badan kita semakin improve. Makanya, tiba-tiba Allah beri lagi rezeki zuriat yang ketiga. Masa ni saya dah tak risau dah tentang masalah berat badan sebab saya dah ada ilmu & platform untuk turun berat badan kurus selepas bersalin yang sangat mudah iaitu Cabaran Kurus Online.


Selepas bersalin anak yang ketiga, saya mula follow mealplan  turun berat badan seawal selepas habis pantang. Kali ni saya put extra effort untuk disiplin, fokus dan istiqamah. Alhamdulillah saya dah pun berjaya turun total 22kg kurus selepas bersalin, sekali lagi tanpa ganggu proses penyusuan anak. Anak ketiga saya sekarang berusia 9bulan. 

Kurus Selepas Bersalin Anak Ketiga


BOLEH MAKAN NASI SETIAP HARI!😍

Turun berat badan kurus selepas bersalin dalam Cabaran Kurus Online sangat best sebab wajib makan nasi setiap hari! Ibu menyusu kalau tak makan nasi sehari memang menggelupur kelaparan, betul tak mommies? Heheheee....  Sebab tu saya sukaaaaaa dan happy je follow program Cabaran Kurus Online ni sebab boleh makan nasi hari-hari. 


Kita nak kurus ni sememangnya tak perlu seksa diri pun. Jika cara yang kita pilh tu membuatkan kita stress, result yang bakal kita dapat nanti pun akan terganggu. Pilih cara turun berat badan yang simple, fun dan enjoy supaya kita sentiasa bersemangat dan happy je nak follow sampai berjaya dapat berat badan ideal.


Jadi disini saya ingin menjemput 30 orang wanita yang betul-betul serius nak capai berat badan ideal sebelum penghujung tahun 2020 untuk sertai saya dalam program Cabaran Kurus Online! Jom merdekakan diri kita dari lemak berlebihan!


Jika saya boleh lakukan, anda pun pasti boleh! Anda hanya perlu klik link di bawah untuk mulakan perubahan anda hari ini! 




Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.

Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!