KURUS SELEPAS BERSALIN : 5 TIPS MUDAH

KURUS SELEPAS BERSALIN : TURUN 15KG SELEPAS BERSALIN

Bismillah

Hai Assalamualaikum! Apa khabar semua harini? Okey hari ni saya nak share 5 tips mudah macam mana saya berjaya turun 15kg kurus selepas bersalin.

Dulu, lepas bersalin anak sulung, saya ada masalah susu badan kurang. Ramai bagi petua kena makan itu, makan ini, untuk tambahkan susu. Bila saya asyik duk makan, berat makin bertambah. Lepas tu tak sempat nak kurus dah terrrrpregnant anak kedua pulak. So saya memang target betul-betul nak kurus selepas bersalin anak kedua. Alhamdulillah dengan menyertai Cabaran Kurus Online, saya berjaya turun 15kg total dalam masa 3 bulan kurus selepas bersalin.




5 Tips Mudah Saya Kurus Selepas Bersalin

Kurus Selepas Bersalin Tips 1 : Keluar Dari Comfort Zone

Lepas bersalin, saya cuma fokus nak tambah susu badan je. Saya langsung tak perasan berat badan bertambah, badan makin naik. Sampai satu masa time balik kampung, ada ahli keluarga terdekat tegur sambil senyum sinis, 

"Baru anak sorang ni badan dah macam ni. Kalau lebih sorang nanti macam mana?" 

Perghhhh masa tu memang saya tersentap! Macam kena petir okey tak, over! Masa tu saya segan sangat sebab yang tegur tu lelaki, dan kami tak lah berapa rapat sangat. Jadi saya rasa malu. Terus insaf dan memang bertekad nak kurus selepas bersalin!

Saya pun terus join Cabaran Kurus Online, follow mealplan jadual makan harian saya untuk turun berat badan. Alhamdulillah saya berjaya turun 15kg dalam masa 3 bulan! Masa tu saya rasa kagum sangat dengan diri sendiri sebab mampu berubah dan berjaya kurus selepas bersalin tanpa menjejaskan susu badan saya. Alhamdulillah bila jaga pemakanan, susu badan memang semakin bertambah dan meriah.

Kurus Selepas Bersalin Tips 2 : Jaga Pemakanan Setiap Hari

Setiap hari saya memang jaga pemakanan saya. Sebelum makan sesuatu, saya akan fikir dulu makanan ni membantu tak saya untuk kurus selepas bersalin? Semua makanan yang tak sihat saya memang elakkan. Contoh makanan berminyak, bergoreng, berlemak & bergula. Air manis memang saya tak usik sebab tak nak membazir kalori pada air manis. Rugi sebab takde khasiat/nutrisi dalam air manis. 

Kurus Selepas Bersalin Tips 3 : Tukar Cara Memasak

Semua masakan saya ubah kepada kukus, panggang, bakar, rebus & sup tanpa minyak. Kenapa saya ubah cara masakan saya? Sebab nutrisi dalam makanan kita akan lebih terjaga bila dimasak dengan cara yang sihat. Contoh kandungan protein dalam ikan & ayam lebih tinggi jika dimasak dengan cara bakar berbanding digoreng. Dengan menukar cara memasak, saya boleh turun 15kg selepas bersalin. Malah saya boleh jimat masa, duit & tenaga kerana tak perlu beli minyak, santan, segala jenis sos dan kicap lagi. Masa memasak pun jadi lebih singkat di dapur dan boleh digunakan untuk aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

Kurus Selepas Bersalin Tips 4 : Minum Air Kosong 3 -5 Liter Sehari

Setiap hari saya pastikan saya minum air kosong 3 hingga 5 liter. Tak salah minum air kosong banyak. Cuma pastikan anda tidak minum terlalu banyak air dalam satu masa. Minimum minum 300ml air dalam masa sejam. Minum sikit-sikit. Saya target setiap 3 - 4 jam saya akan habiskan 1liter air kosong.

Kurus Selepas Bersalin Tips 5: Senaman Ringkas

Saya dulu tak suka bersenam. Sampai satu masa ada rakan yang galakkan untuk buat senaman ringkas 10 - 15 minit je sehari. Ulang buat 3kali dalam seminggu. Saya download video senaman ringkas di internet, dan saya ulang buat satu video yang sama tersebut 3kali seminggu. Saya rasa sangat seronok setiap kali selepas selesai bersenam. Kerana bila bersenam, badan kita akan merembeskan satu hormon yang membuatkan kita happy dan tak stress. Bila kita happy, badan akan bakar lebih banyak kalori dan lemak dapat turun lebih banyak. 


Saya sangat seronok dan happy bila saya dapat bantu ramai wanita seperti anda untuk turun berat badan kurus selepas bersalin. Dengan cara yang sihat dan selamat. Jika ada para ibu yang masih struggle nak kurus selepas bersalin, risau nak diet takut ganggu susu badan, saya buka kepada anda untuk sertai Cabaran Kurus Online bersama saya. 

Saya akan bantu anda untuk kurus selepas bersalin dengan mudah dan selamat. Anda boleh klik link ini atau whatsapp saya di talian 016-253 6887 untuk sertai program Cabaran Kurus Online

Jom Kurus Selepas Bersalin!


Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA