DIET KURUS: 9 MAKANAN YANG MEMPUNYAI GULA TERSEMBUNYI

 Diet Kurus: Gula Musuh Utama! 

Dalam proses diet kurus, musuh sebenar anda bukannya lemak. Tetapi gula! Gula merupakan ketagihan nombor satu manusia. Walaupun gula juga antara makanan yang diperlukan oleh badan untuk memberikan tenaga, namun kita tak perlukan gula secara berlebihan.

Gula berlebihan akan menyebabkan ia ditukar menjadi LEMAK dalam badan. Dan akan menyebabkan obesiti abdominal kerana lemak akan lebih banyak terkumpul di bahagian abdomen.


Jom Kenali 2 Jenis Gula!

Gula Semulajadi

Gula yang wujud secara semulajadi di dalam makanan atau minuman. Contohnya seperti laktosa di dalam susu dan glukosa dan fructosa di dalam buah.

Gula Tambahan

Gula yang ditambah pada makanan atau minuman. Contohnya seperti gula pasir, sukrosa, sirap dan karamel.

Kebanyakan gula di pasaran adalah ‘gula tersembunyi’ dalam makanan proses. Banyak makanan diluar sana yang kita ingat boleh bantu diet kurus kita. Rupa-rupanya ada gula  tersembunyi. 


Jom harini Coach Azura nak bongkarkan 9 Makanan Yang Mempunyai Gula Tersembunyi! 


#1 Kicap

Kicap ni memang pembuka selera. Makan nasi panas dengan kicap je pun boleh bertambah-tambah. Namun hati-hati ye, dalam kicap ada gula yang tinggi!


#2 Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram

Segala apa jenis sos semuanya ada gula yang tinggi. Sebab tu bila kita tambah sos dalam masakan kita, jadi semakin sedap. Hati-hati dengan kuantitinya ya. Boleh melambatkan proses turun lemak diet kurus anda!


#3 Yogurt Greek Berperisa

Yogurt greek memang bagus untuk diet kurus. Namun sebaiknya elakkan yang berperisa sebab kandungan gulanya tinggi juga. Pilih perisa asli lebih berbaloi.


#4 Bijirin Sarapan


Jangan sangka bijirin kanak-kanak je tinggi gula! Bijirin dewasa pun tinggi juga. Ramai keliru dengan fakta nutrisi pada label makanan yang kadangkala diputar belit untuk mengelirukan pengguna. Pastikan baca label dengan betul dulu sebelum beli dan makan ya. 


#5 Roti 

Eh roti pun ada gula? Ya, jangan tertipu dengan rasa tawar roti disangka tiada gula. Kerana setiap makanan dari jenis karbohidrat semuanya mengandungi gula. Antara bahan utama dalam penghasilan roti adalah sirap jagung fructosa. Jadi pastikan anda pilih roti yang mengandungi kandungan gula yang lebih rendah. Baca label dulu ye!


#6 Makanan Sejuk Beku


Zaman sekarang semua orang nak cepat. Termasuklah bila memasak pun sebolehnya kita nak cepat. Sebab itu ramai yang memilih untuk menggunakan bahan makanan sejuk beku je. Namun jangan tak tahu kebanyakan makanan sejuk beku mengandungi 20g hingga 40g gula. Apabila syarikat pengeluar makanan mengurangkan kuantiti lemak, harus diingat bahawa mereka akan menggantikannya dengan ramuan lain iaitu antara garam atau gula untuk menjadikan makanan itu sedap! Awas!


#7 Buah-buahan Kering

Terus terbayang kismis! Sedap kan! Setiap buah-buahan memang sudah mengandungi gula. Tetapi apabila dikeringkan ia akan ditambah gula kerana gula asli akan berkurang semasa proses pengeringan. Lebih baik anda pilih makan buah-buahan segar terus!


#8 Jus Buah


Dalam buah dah ada gula semulajadi. Namun bila kita blend untuk jadikan jus, seratnya akan berkurang dan anda akan mendapatkan lebihan gula dari jus tersebut. Dan perasan tak kebiasaannya untuk menghasilkan segelas jus, tak cukup sebiji buah je. Mesti kita guna lebih dari sebiji. Sedangkan kalau makan, sebiji pun dah kenyang kan. Barulah jimat kalori!


#9 Salad Dressing

Makan sayur dah bagus. Namun kalau anda letak salad dressing, terus jadi tak sihat kerana salad dressing juga mengandungi gula yang boleh merosakkan diet kurus anda! Boleh gantikan dengan perahan lemon dan minyak zaitun lebih baik. 


Mesti ada di antara makanan di atas makanan kegemaran anda kan? Bukan tak boleh makan langsung, namun cubalah kawal kuantitinya jika anda serius nak amalkan diet kurus, nak jaga kesihatan diri anda dan tidak mahu terkena penyakit kencing manis okey?


Dalam program coaching kurus 21 hari yang kami jalankan, ada lebih banyak tips yang kami kongsikan kepada semua peserta tentang bahaya gula, cara mudah mengawal pengambilan gula harian dan juga cara membaca label makanan. Ramai peserta yang mendapat result luar biasa apabila berjaya mengurangkan gula dalam diet kurus mereka. Jom lihat perkongsian peserta di bawah!








Program Coaching 21 Hari Online!
 Pendaftaran Intake Terbaru Dibuka Sekarang!


✅Dapat MEAL PLAN KURUS Pemakanan Harian
✅Kurus sambil makan NASI 🍚 setiap hari
✅ E-BOOK Resepi Kurus Sihat 21 Hari
✅Coaching sepanjang JULY 2021
✅Penurunan 3Kg-5Kg (tidak tipikal)
✅Personal & Group Coaching 
✅ Tips Diet & Ilmu Kurus yang mudah HARIAN 
✅ *10 Idea WORKOUT dari Rumah 🏡 *
✅Support Group & Personal Coach untuk guide dan bantu anda sehingga dapat berat ideal


𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!




Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!