NAK KURUS: 4 HIDANGAN SAYUR WAJIB ELAK
Nak Kurus: Jauhi Menu Sayur Ini!
•Meal plan makan 5 kali sehari
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
Dalam proses anda nak kurus, sayur merupakan makanan yang penting yang anda perlu makan dalam setiap hidangan pinggan seimbang anda. Sayur memberikan sumber serat, vitamin dan minerals yang akan membantu anda kenyang lebih lama, melancarkan sistem penghadaman dan sebagainya.
Namun, tak semua hidangan sayur adalah sihat dan boleh membantu anda nak kurus. Sayur takkan bantu anda kurus jika anda tersalah cara masakan dan penyediaannya. Jom harini Coach Azura nak kongsikan kepada anda:
4 HIDANGAN SAYUR WAJIB ELAK JIKA NAK KURUS
#1 Sayur Goreng
Sayur goreng ni memang menu paling selalu kita jumpa kan. Dari kecik pun memang kita selalu nampak mak kita 'goreng sayur'. Adakah anda tahu bahawa dengan menggoreng sayur, kita berpotensi kehilangan nutrient yang ada di dalam sayur tersebut? Malah lebih buruk lagi kalori sayur tersebut pun akan bertambah hasil dari menggoreng bersama minyak tersebut. Lemak tepu pun kita dapat juga yang mana sememangnya tidak akan membantu anda nak kurus. Elakkan menggoreng sayur, lebih baik direbus atau dikukus sahaja. Ambil ulam-ulaman segar pun lebih baik jika anda nak kurus ye!
#2 Salad + Dressing
Makan salad tu dah bagus dah. Namun salad akan jadi tak sihat bila anda makan bersama salad dressing yang tinggi dengan kalori, garam, gula dan lemak tu. Sayangnya! Rugi kalori di situ. Lebih baik anda makan salad bersama perahan lemon atau pun minyak zaitun. Barulah berbaloi nak bantu anda nak kurus!
#3 Coleslaw
Bagus coleslaw ni ada kubis dan lobak merah, Sedap dan sihat dah. Namun yang menjadi penambah sedap tu bila digaul bersama mayonis yang sangat tinggi garam dan gula yang sememangnya tidak akan membantu anda nak kurus. Ia akan melambatkan proses turun lemak anda. Sebab tu siapa yang makan coleslaw akan makan dengan kuantiti yang banyak sebab terlebih sedap! Hati-hati ya!
#4 Pecal
Pecal ni memang hidangan sayur yang sangat sihat sebenarnya. Cara penyediaannya pun mudah dan sihat sebab hanya perlu celur je sayur-sayur tersebut. Namun yang akan menjadi masalahnya adalah apabila kita makan bersama bahan sampingan lain yang digoreng seperti tauhu dan tempe goreng. Ditambah pula dengan kuah pecal tersebut yang sedap sebab ada garam dan gula yang tinggi, alamatnya memang tak bantu lah kita nak kurus! Pasti termakan over kalori sebab sedap sangat!
___________________________________________________________________________________
Jadi dah tahu hidangan sayur bagaimana yang anda perlu elak jika serius nak kurus? Jom buat pilihan yang bijak!
Dalam Program Coaching 21 Hari yang kami jalankan, peserta akan menerima e-book resepi sihat 21 hari! Sangat simple dan mudah je.
Antara testimoni terkini peserta program ini:
Jika anda dah penat berusaha macam-macam cara nak kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari!
PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI
•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!
FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini
WHATSAPP : http://nakjoincko.wasap.my/
Comments
Post a Comment