NAK KURUS: KONSISTEN KUNCI KEJAYAAN UTAMA!

Nak Kurus: 7 Tips Penting Bantu Kekal Konsisten



Antara cabaran bagi setiap orang yang nak kurus adalah macam mana nak kekalkan semangat, nak konsisten. Penting ke konsisten ni? Ye, sangat penting! Dalam proses nak berjaya buat apa perkara pun, konsisten ni kunci utama kejayaan. Termasuklah nak kurus! Konsisten itu wajib!

Ramai orang gagal nak kurus bukan sebab takde ilmu dan sebagainya. Tapi sebab gagal nak konsisten ni je. Belum apa-apa dah give up tengah jalan. Cepat sangat sis! 

"Kita naik berat badan ambil masa, jadi dah tentu nak kurus pun ambil masa juga"

Jadi, jom harini Coach Azura nak kongsikan 7 tips penting yang perlu ada untuk membantu anda kekal konsisten dalam proses anda nak kurus!


7 Tips Penting Bantu Kekal Konsisten


#1 Pastikan Anda Happy & Enjoy 

Nak kurus ni memang tak boleh stress-stress! Bila anda stress, hormon kortisol akan meningkat. Hormon ini menyebabkan gula dalam darah anda meningkat, merendahkan protein dalam badan dan akibatnya sel-sel badan anda tak boleh nak dibina dengan baik. Maka jisim otot anda akan berkurangan dan ini memang petanda buruk kerana metabolisme badan anda akan menurun! Bila naik penimbang tengok berat badan tak turun, confirm anda tak nak konsisten dah! 


#2 Elak Diet Style Yang Menyeksakan Diri

Kita nak kurus bukan sebulan dua je. Kita nak kurus ni sampai bila-bila. Jadi penting tau untuk anda pastikan pilih diet style yang tak menyeksa diri anda. Contohnya, kenapa nak seksa diri elak makan nasi kalau kita memang penggemar nasi? Kita pun memang makan nasi dari kecik lagi kan. Jadi, pilih diet style yang boleh anda jadikan sebagai gaya hidup sampai bila-bila. Barulah mudah nak konsisten!


#3 Ambil Hidangan Nutrisi Seimbang

Nak kurus ni sangat penting untuk pastikan pinggan makan anda mempunyai nutrisi yang seimbang. Kekurangan mana-mana nutrisi akan menyebabkan badan anda tidak akan terbina dengan baik. Dan hasilnya anda akan cepat penat, mudah jatuh sakit dan tenaga semakin berkurangan. 


#4 Set Target Yang Realistik!

Pastikan anda set target kenapa anda nak kurus sebelum memulakan diet kurus anda. Tanpa target yang jelas, ibarat anda memandu kereta tanpa arah tuju. Macam mana nak konsisten kalau takde arah tuju kan? 


#5 Dapatkan Support Dari Rakan & Ahli Keluarga

Pilih lingkaran pengaruh yang positif yang  boleh membantu kita kekal bersemangat dan konsisten. Memilih diet kurus yang mempunyai group support adalah salah satu kunci kejayaan nak kurus. Bila kita bersama dengan rakan yang sama misi nak kurus, inshaaAllah target anda akan lebih mudah tercapai.


#6 Enjoy Makanan Sedap-Sedap

Hapuskan mitos makanan nak kurus semua tak sedap! Banyak sangat menu dan resepi sihat yang sedap-sedap tau! Tak percaya cuba klik di sini dan di sini. Nak kurus ni sebenarnya lagi best bila kita masak sihat-sihat sebab masak sihat ni lagi mudah dan cepat je sebenarnya. Menu diet yang sedap dan sihat akan membantu kita rasa seronok, happy dan lebih mudah nak konsisten sampai bila-bila. 

Pinggan Lunch Sihat Saya Kurus Selepas Bersalin



Pinggan Lunch Sihat Saya Kurus Selepas Bersalin


#7 Baju Idaman

Setiap orang yang berlebihan berat badan mesti ada baju idaman mereka kan. Haaa apa kata anda beli siap-siap baju idaman tersebut, gantung dalam bilik tidur anda dan lihat selalu sebagai sumber inspirasi! Bila dapat pakai satu hari nanti wowwww!!! Mesti seronok!


Nak tengok hasil kejayaan peserta program coaching 21 online yang KONSISTEN selama 21 hari? Jommm saksikan results terbaru peserta di bawah ini!








PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini



Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!