NAK KURUS: CUKUPKAN KEPERLUAN PROTEIN

Nak Kurus: 5 Sumber Protein Murah & Mudah Untuk Kurus Sihat

Protein adalah salah satu sumber nutrisi makro yang penting untuk badan kita selain karbohidrat dan lemak. Bila nak kurus, pengambilan protein yang cukup sangat penting setiap hari. Protein boleh membantu anda meningkatkan jisim otot dan ini sangat penting untuk memastikan pembakaran kalori berlaku dengan lebih optimum. Barulah boleh nak kurus dengan jayanya!

Namun dalam proses nak kurus ni, ramai salah faham dengan protein. Ramai ingat kena ambil protein yang mahal-mahal je baru boleh kurus. 


Jom harini Coach Azura kongsikan 5 Sumber Protein Sihat Yang Murah dan Mudah Untuk Anda Nak Kurus.


#1 Ikan

Ikan merupakan sumber protein yang bagus kerana ia mengandungi omega-3 yang baik untuk badan kita. Nak kurus ni tak semestinya kena makan ikan salmon je tau. Apa jenis ikan pun boleh kecuali ikan dalam tin yang dah dicampur dengan tinggi garam, gula dan bahan pengawet yang lain. 


#2 Ayam

Ayam juga sumber protein yang baik untuk badan kita. Untuk anda yang nak kurus, bahagian dada sangat digalakkan kerana mempunyai protein yang lebih tinggi dan lemak yang lebih rendah. Namun bahagian ayam yang lain pun okey je jika anda nak ambil tau. Yang penting pilih cara masakan yang sihat. Elakkan menggoreng ayam kerana ia akan menambahkan lemak tepu dan kalori ayam tersebut akan meningkat. Boleh pilih cara masakan seperti bakar, sup atau panggang.

#3 Tempe


Tempe diperbuat daripada kacang soya dan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Dalam setiap 100g tempe anda boleh dapat sekitar 19g protein. Sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai snacking sihat anda dalam proses anda nak kurus!


#4 Tauhu


Haaa jangan pandang rendah pada tauhu tau. Tauhu ni pun merupakan sumber protein yang baik untuk badan kita. Anda boleh dapat sekitar 17g protein daripada 100g tauhu. Elakkan menggorengnya supaya nutrisinya tidak berkurang dan kalori tidak bertambah. Pilihan terbaik untuk dijadikan snacking sihat anda juga!


#5 Telur


Telur merupakan sumber protein yang paling mudah untuk anda perolehi. Ia mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Telur membekalkan badan kita dengan vitamin, mineral, lemak baik dan nutrisi lain yang baik untuk perkembangan otak. Sebiji telur boleh membekalkan anda sekitar 6-8g protein mengikut saiz telur. Namun jika nak kurus, elakkan cara penyediaan telur yang kurang sihat ye seperti menggoreng.


Ada banyak lagi sumber protein yang sihat dan mampu milik untuk anda nak kurus. Yang penting pastikan cara penyediaannya sihat supaya betul-betul boleh membantu anda untuk nak kurus dengan lebih berkesan. 


Dalam proses nak kurus, bila anda mendapat cukup protein, penurunan berat badan anda jadi kemas, tidak menggeleber, dan kulit akan lebih cantik. 


Dalam program coaching 21 hari, kami guide peserta secara detail dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengira kadar pengambilan protein setiap hari kerana semuanya sudah tersedia di dalam pelan pemakanan masing-masing. Peserta hanya tinggal ikut je 😉

Jom tengok hasil mereka dalam Program Coaching 21 Hari Online!💪🏻










PROJEK KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!!!


•Turun 5KG-30KG Tahun Ini
•Meal Plan Sihat disediakan
•E-Book Resepi Kurus 21 Hari 📖
•Idea Workout From Home 🏡
•Group & Personal Coaching
•Info+Ilmu+Tips Kurus secara sihat
•COACH PERIBADI
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!









Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA