NAK KURUS? ELAKKAN BUAT 4 PERKARA INI!
Nak Kurus Wajib Baca Post Ini Sampai Habis!
Ramai yang berazam nak kurus setiap tahun, tapi tak ramai yang berjaya mencapai azam tersebut. Dan lebih menyedihkan tahukah anda, 90% orang yang berjaya kurus akan kembali naik berat badan akibat kegagalan mereka untuk konsisten dalam diet nak kurus.
Kenapa ramai yang gagal nak kurus? Semuanya kerana mereka takde BIG WHY dan takde ilmu nak kurus yang betul.
Jadi jom harini Coach Azura nak kongsikan 4 perkara yang anda wajib elak jika anda serius nak kurus!
#1 Nak Kurus Wajib Elak Makan dan Minum Yang Manis-Manis
Siapa serius nak kurus, elak makan dan minum manis ni memang wajib. Kalau rasa susah nak elak terus no problem! Mulakan dulu dengan kurangkan sikit-sikit. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, lebihkan gula dalam senyuman. Nak berubah memang tak mudah. Namun kalau anda serius nak kurus, anda pasti akan buat juga sampai jadi!
#2 Nak Kurus Wajib Elak Makan Terlalu Kurang Kalori
Elakkan dari melakukan crash diet. Jangan makan terlalu kurang kalori dalam sehari tau. Pastikan anda makan lebih 1000 kalori setiap hari. Crash diet takkan bantu anda nak kurus. Malah boleh membawa banyak masalah kesihatan di masa akan datang.
#3 Nak Kurus Wajib Elak Dengar Cakap Orang
Mulut orang ni kita memang tak boleh nak tutup. Bila kita gemuk orang mengata kita.
Nampak dah tua lah, anak baru sorang badan dah macam ni lah... Tak takut suami lari ke bila gemuk ni..
Tapi, bila kita kurus pun orang akan mengata kita. Eh jangan kurus sangat nampak macam orang sakit lah! You chubby sikit lagi comel lah, macam ni tak cantik..
Dannnn banyakkkk lagi kata-kata orang ni. Jangan mudah terpengaruh. Yang penting diri anda sendiri. Anda sendiri decide kenapa anda nak kurus, berapa kg anda nak turun, dan pedulikan kata-kata mereka! Kerana kita yang akan bawa badan kita ni bersama kita sampai bila-bila.
#4 Nak Kurus Wajib Delete Perkataan PUTUS ASA Dalam Hidup
Sebenarnya takde orang yang gagal dalam diet nak kurus. Yang ada hanyalah mereka yang berputus asa. Semua orang ade peluang yang sama untuk nak berjaya kurus. Yang penting anda tak putus asa! Teruskan je konsisten sampai berjaya!
Bila nak kurus ni sangat penting tau untuk set BIG WHY kenapa anda nak kurus dan TARGET berapa kg anda nak turunkan. Tanpa 2 perkara ni, memang susah nak berjaya kurus. Dan paling penting dapatkan ilmu yang betul dan rakan-rakan yang amazing yang boleh bantu anda sentiasa bersemangat dalam journey nak kurus.
Dalam Program Coaching Kurus 21 Hari yang kami jalankan, dah ribuan peserta yang berjaya kurus tau! Jom kita tengok sharing sebahagian daripada mereka!
Jika anda dah penat berusaha macam-macam cara nak kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari!
Comments
Post a Comment