5 TIPS MULAKAN HIDUP YANG LEBIH SIHAT

5 Tips Mulakan Hidup Yang Lebih Sihat Hidup sihat, tenang dan sejahtera impian ramai orang. Tahukah anda dengan berusaha menurunkan berat badan adalah salah satu perkara yang boleh memberi impak kepada kehidupan anda yang lebih sihat? Jom kita lihat satu persatu apakah tips yang boleh anda amalkan untuk mulakan hidup yang lebih sihat! 5 Tips Mulakan Hidup Yang Lebih Sihat Tips 1 Mulakan Dengan Mudah Bila nak mula berubah, fokus buat perkara yang simple je dulu. Elak buat perkara yang extreme kerana nak berubah ni memang tak senang. Jika perubahan yang dibuat tu simple, lebih mudah untuk anda konsisten. Tips 2 Mulakan Tukar Air Manis Kepada Minum Air Kosong Air manis ada kalori. Hanya air kosong je yang kosong kalori. Usahakan latih diri minum 2 hingga ke 3 liter sehari. Tak mampu tinggal air manis terus, boleh cuba kurangkan sikit-sikit dulu ye. >> Ketahui Tips Minum Air Kosong 3 Liter Di Sini! Tips 3 Pilih Karbohidrat Kompleks Karbohidra...