NAK KURUS? KENALI 3 ROADBLOCK UTAMA ANDA!

Nak Kurus Wajib Lepaskan Diri Dari Roadblock Ni!


Perasan tak, lagi kita kata nak kurus, lagi macam-macam ujian dan cabaran yang datang. Masa tu lah jiran bagi kek lah, kawan ofis belanja makan lah, suami belikan coklat lah, anak makan selalu tak habis lah, mak masak sedap-sedap dan banyak lagi! Bila dugaan macam ni datang, apa pilihan yang kita ada? Nak give up atau nak terus bertahan dengan diet kurus anda? Ramai orang pilih untuk putus asa dan terus stop nak kurus. 

Jom kita tengok harini apakah 3 roadblock utama yang selalu menjadi halangan anda nak kurus!

#1 GULA


Ramai orang salah faham tentang gula. Tahukah anda, gula ni ada dalam setiap makanan berasaskan karbohidrat? Dah ada gula semulajadi dalam makanan tersebut. Dalam nasi ada gula, dalam buah ada gula, dalam roti, mee, dan sayur pun ada gula! Jadi, sebenarnya kita tak perlukan pun gula tambahan dalam bentuk gula pasir atau pelbagai lagi pemanis yang dikatakan boleh menggantikan gula pasir. Ada lebih dari 60 nama gula yang anda perlu kenalpasti seperti madu, gula perang, gula batu, krimer, sirap kurma, molases dan banyak lagi. Jika ia disenaraikan di bahagian paling awal pada label makanan, elakkan lah makanan tersebut kerana itu bermaksud ia adalah bahan yang paling banyak ada dalam makanan tersebut. Jika serius nak kurus, jom break-up dengan gula!

#2 GAGAL MANAGE EXPECTATION


Bila nak kurus, ramai yang salah mindset. Nak hasil cepat, tapi usaha tak banyak. Tak nak konsisten, tak nak disiplin. Mindset yang salah ni yang selalu buatkan diet nak kurus anda gagal. Kita ambil masa berbulan dan bertahun untuk naikkan berat badan 10-20-30kg. Janganlah expect dalam tempoh sebulan dua dah boleh turun 10-30kg! Bagi masa pada diri anda, dan fokus ulang buat perubahan sedikit demi sedikit, yang penting konsisten!

#3 MASA



Haaaa masa pun boleh jadi roadblock utama anda gagal nak kurus. Kenapa? Macam ni, bila anda gagal uruskan masa dengan baik, anda akan selalu terlupa nak makan on-time. Bahaya besar tau bila lambat makan ni. Paras gula dalam darah anda akan jadi sangat rendah, anda akan mula rasa lapar yang melampau dan ini boleh menyebabkan nafsu makan anda membuak-buak. Anda berisiko besar untuk makan over-portion pada waktu makan berikutnya! Makan lambat juga akan menyebabkan metabolisme badan anda drop dan badan anda tidak akan melakukan pembakaran kalori pada tahap yang optimum.

___________________________________________________________________________________


Dalam Program Coaching Kurus 21 Hari yang kami jalankan, semua perkara ini kami kupas dengan lebih detail satu per satu supaya anda lebih jelas dan faham dengan proses sebenar yang berlaku bila anda nak kurus. Mealplan khas yang disediakan untuk anda pun sangat membantu anda untuk melakukan perubahan tanpa perlu melakukan sesuatu yang extreme pun!

So jangan give up dulu tau! Anda masih berpeluang untuk nak kurus. Cuma anda belum jumpa program yang betul je lagi. Saya percaya, pencarian anda akan berakhir bila anda join program yang kami jalankan ini! Jom tengok perkongsian peserta program kami pada bulan lepas!







Program Coaching 21 Hari Online!
 Pendaftaran Intake Terbaru Dibuka Sekarang!


✅Dapat MEAL PLAN KURUS Pemakanan Harian
✅Kurus sambil makan NASI 🍚 setiap hari
✅ E-BOOK Resepi Kurus Sihat 21 Hari
✅Coaching sepanjang JULY 2021
✅Penurunan 3Kg-5Kg (tidak tipikal)
✅Personal & Group Coaching 
✅ Tips Diet & Ilmu Kurus yang mudah HARIAN 
✅ *10 Idea WORKOUT dari Rumah 🏡 *
✅Support Group & Personal Coach untuk guide dan bantu anda sehingga dapat berat ideal


𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!











Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!