NAK KURUS: JAUHI HABIT BURUK INI!

Nak Kurus? 6 Habit Buruk Yang Wajib Anda Tinggalkan!





Bila sebut nak kurus, nak tak nak kita memang tak boleh lari dari melakukan perubahan. Perubahan ape? Perubahan kepada habit pemakanan kita. Naik turun berat badan ni memang berkait rapat dengan pemakanan. Kita naik berat sebab pemakanan. Maka nak turunkan berat pun perlulah dengan pemakanan jugak. Habit lama akan beri kita berat badan yang lama. Habit baru akan beri kita berat badan yang baru.

So jom harini coach nak kongsikan 6 habit buruk yang wajib anda tinggalkan jika anda serius nak kurus!


#1 Timbang Berat Badan Setiap Hari


Timbang berat badan setiap hari takkan buatkan anda kurus. Nak kurus, jaga makan tu yang kena buat hari-hari. Bukan timbang hari-hari. Penurunan berat badan ni unik. Ia takkan berlaku cantikkkk je turun sama setiap hari. Tidak! Jadi jika anda timbang berat hari-hari dan melihat hasilnya tak seperti yang anda harapkan, ia akan menyebabkan anda stress dan akan mengganggu result nak kurus anda!


#2 Makan Tengahari Berlebihan


Ramai orang boleh kawal selera makan waktu pagi. Namun bila dah sampai kepada waktu lunch, haaa perut dah mula lapar. Makanya ramai yang terlajak ambil berlebihan portion karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan. Amalkan konsep suku suku separuh dalam pinggan sihat anda supaya anda rasa cukup kenyang dan boleh bantu anda nak kurus.


#3 Makan Macam Balas Dendam Masa Weekend


Haaa ni ramai yang buat! Isnin hingga Jumaat patuh sungguh dengan diet nak kurus. Namun bila tiba je weekend, setiap minggu dia cheat day! Macam mana nak kurus kalau datang weekend je makan begitu meriah macam kenduri? Nak kurus, cheat day tu boleh, cuma had kan lah kepada sebulan sekali sahaja ye.


#4 Rajin Order Makanan Online

Waktu pkp ni memang sekarang segalanya dihujung jari kan. Banyak apps yang mudah anda boleh guna untuk order makanan online. Jika anda rasa tak mampu tahan godaan, uninstall je terus apps tersebut. Ia takkan membantu anda nak kurus!


#5 Hobi Makan Makanan Ringan

Makanan ringan ni hanya nampak ringan di tangan namun hakikatnya ia sangat berat di badan. Kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi tidak akan membantu anda nak kurus. Malah hanya akan membesarkan sel lemak dalam badan anda!


#6 Suka Simpan Stok Snacking Tak Sihat



Elakkan simpan stok snacking tak sihat di rumah. Tukar snacking anda kepada snacking yang lebih sihat seperti kekacang dan buah-buahan. Makanan tak sihat ni sorokkan je. Atau lebih bagus elakkan terus daripada membeli makanan tersebut. Kalau ade kat rumah, memang confirm kita akan makan! Macam mana nak kurus?


Dalam Program Coaching Kurus 21 Hari, kami bekalkan setiap peserta dengan mealplan khas harian bersama dengan senarai groceries  yang boleh dijadikan panduan untuk anda shopping makanan sihat yang boleh membantu anda nak kurus


Semuanya sudah tersedia, anda hanya tinggal follow je!😉 Jom kita saksikan perubahan peserta program coaching ini pada bulan July 2021 yang lepas!








PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini






Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!