ASYIK LAPAR MASA DIET KURUS? JOM BUAT 6 PERKARA NI!
6 Strategi Atasi Rasa Lapar Semasa Diet Kurus!
Dalam proses diet kurus, antara cabaran yang kerap dialami oleh ramai orang adalah kerap rasa lapar. Bila perut asyik lapar memanjang, memang mudah terbabas kan diet kurus kita. Sebab tu ramai orang gagal dan terus putus asa!
Jadi harini Coach Azura nak kongsikan 6 Strategi Atasi Rasa Lapar yang boleh anda amalkan dalam proses diet kurus anda. Jom!
#1 Makan Makanan Tinggi Serat
Serat membantu anda untuk rasa kenyang lebih lama. Lebihkan pengambilan sayuran dalam pinggan sihat diet kurus anda terutamanya sayuran hijau. Makan buah-buahan segar pun boleh bantu anda mencukupkan keperluan serat harian.
#2 Lebihkan Portion Protein
Protein yang cukup sangat penting untuk bantu anda kenyang lama. Jangan takut ambil protein lebih sebab otot anda perlukan cukup protein untuk meningkatkan pembakaran kalori yang optimum. Barulah result diet kurus anda lebih power! Jika makan ayam atau ikan, pastikan sizenya dalam anggaran 1 size tapak tangan anda.
#3 Minum Air Yang Mencukupi
Ini pun penting! 70% organ badan manusia adalah air. Jadi, sangat penting untuk anda cukupkan pengambilan air harian anda. Bukan diet kurus je kena minum air kosong tau! Nak sihat pun penting air ni. Air kosong tau, bukan air manis! Bila badan kurang air, badan akan beri signal dalam bentuk rasa lapar. Jadi bila lapar tu jangan terus cari makanan dulu. Check dulu dah minum berapa liter air harini.
#4 Ambil snacking sihat
Snacking bantu anda untuk atasi rasa lapar. Gula dalam darah anda akan berada di paras yang normal dan anda tidak akan rasa lapar yang teramat sementara menunggu waktu makan seterusnya. Pilih snacking yang sihat seperti buah epal, pisang berangan dan jambu batu. Elakkan snacking yang tidak sihat dan pastikan kalorinya tak berlebihan tau. Barulah menjadi diet kurus anda!
#5 Aktifkan Diri Anda!
Jika anda tidak sibukkan diri dengan melakukan sesuatu, anda akan mudah rasa bosan. Dah menjadi tabiat kita bila mulut kita selalu ditemani oleh makanan kan. Jadi bila kita mulakan diet kurus sihat, mulut anda akan terasa sunyi je sebenarnya. Sebab tu anda terasa lapar nak makan yang bukan-bukan. Temani kesunyian mulut anda dengan rajin-rajinkan diri minum air putih!
#6 Elak Follow Instagram Makanan
Kalau rasa iman tak kuat bila asyik tengok gambar kek, brownies, cinnamon rolls, air bobba dan sebagainya, unfollow je dulu Instagram tersebut. Fokus dulu dengan diet kurus dan betulkan habit anda. Nanti bila cheat day bolehlah reward diri sesekali okey👍🏻
Comments
Post a Comment