7 SUPERFOOD YANG BOLEH BANTU ANDA NAK KURUS!
Ketahui SUPERFOOD Yang Boleh Bantu Anda Nak Kurus!
Bila nak kurus, ramai orang buat kesilapan bila mereka hanya fokus kepada senaman. Sedangkan formula untuk turun berat badan sebenarnya adalah 80% daripada pemakanan, dan hanya 20% daripada senaman. Tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan metabolisma badan seseorang merosot. Dan ini akan menyebabkan badan anda tidak melakukan pembakaran kalori pada tahap optimum.
Jadi harini Coach Azura nak share 7 Superfood yang mudah dicari, murah dan boleh bantu anda nak kurus. Jom take note dan boleh shopping nanti okey!😉
7 Superfood Yang Boleh Bantu Anda Kurus!
1. Brokoli
Dikenali juga sebagai kubis bunga hijau. Antara khasiat brokoli adalah tinggi dengan serat, antioksida, vitamin A, C, K dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Kalorinya rendah dan boleh disediakan dengan mudah seperti kukus atau rebus.
2. Halia
Sangat popular dan kerap digunakan dalam setiap masakan. Dipercayai halia boleh bertindak sebagai agen pembakar lemak dan ia boleh melancarkan sistem penghadaman. Apabila proses pencernaan kita lancar setiap hari, toksin dapat dikeluarkan lebih banyak dari dalam badan dan ini boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.
3. Çhia Seed
Kaya dengan serat, protein, lemak baik, kalsium dan magnesium. Sangat bagus diamalkan dengan menambahkannya ke dalam menu diet sihat anda. Ia boleh membantu melancarkan sistem pencernaan, menjadikan anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal selera makan anda.
4. Teh Hijau
Menambah teh hijau dalam pengambilan air harian anda sangat bagus untuk membantu diet kurus anda. Teh hijau kaya dengan antioksida yang melambatkan penuaan, menambah fungsi otak, mengawal selera makan dan membantu membakar lemak. Namun janganlah ditambah gula atau susu pula dalam teh hijau! Takkan bantu anda nak kurus ye!
Teh hijau kegemaran saya adalah Herbalife Tea Mix yang sangat sedap, rendah glycemic index yang membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengawal selera makan. Ia juga tinggi dengan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan. Tea mix ni juga mengandungi kafein semulajadi yang membantu memberi tenaga segera. Dan saya suka tambah tea mix ini dalam air kosong saya untuk memudahkan saya mencukupkan keperluan air harian saya.
>> Ketahui lebih lanjut tentang Herbalife Tea Mix di sini!
>> Dapatkan Herbalife Tea Mix anda di sini sekarang!
5. Blueberries
Bagus diamalkan ketika diet kurus. Ia kaya dengan serat larut yang akan membantu anda rasa kenyang lebih lama.
6. Kacang Badam
Tinggi dengan zinc dan vitamin B yang sangat bagus membantu hormon metabolisme badan anda. Namun hati-hati, pastikan tidak melebihi segenggam setiap kali snacking. Kacang badam pun tetap ada kalorinya!
7. Cili
Makanan pedas dipercayai boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Boleh ditambah dalam setiap makanan diet kurus anda. Namun jangan sampai bertambah nasi pula sebab selalunya makanan pedas ni juga boleh membangkitkan selera!
___________________________________________________________________________________
Walaupun sesuatu makanan tersebut baik, yang paling penting anda perlu faham setiap makanan ada kalorinya. Kawal portion pengambilan anda dan pastikan hidangan anda seimbang nutrisinya. Ini kunci paling utama dalam kejayaan penurunan berat badan.
Dalam program coaching kurus 21 hari kami, ada pelbagai lagi topic menarik dan tips kurus yang kami share kan bersama peserta tentang kesihatan dan turun berat badan yang sihat. Jika anda dah penat usaha pelbagai cara untuk nak kurus, saya sangat recommend anda untuk join program percubaan 21 hari kami ini. Jom saksikan sharing dan perubahan peserta dalam tempoh 21 hari dibawah ini!
Jika anda dah penat berusaha macam-macam cara nak kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari!
PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI
•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment