ALAMAK! ADA SPECIAL DINNER MINGGU DEPAN TAPI BAJU TAK MUAT! JOM BUAT 7 TIPS KEMPIS PERUT DALAM MASA 7 HARI INI!

Tips Kurus: 7 Tips Kempis Perut Dalam Masa 7 Hari


Aduhai minggu depan ada special dinner ni, tapi try baju semua tak muat! Sangkut part perut. Dah makin buncit dan gelebeh. Stressnyaaa!!! Nanti risau pula orang tegur "pregnant ke?" 

Ada ke ye cara pantas nak kempiskan perut dalam masa yang singkat? 

Jangan risau. Hari ini Coach Azura akan kongsikan 7 Tips Kempis Perut Dalam Masa 7 Hari! Yang penting, dah baca tips ni, anda perlu cepat buat tindakan pantas ye. Baca je tak akan buat anda kurus...


Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tips Kempis Perut, Tips Kurus & Pemakanan Sihat dengan lebih pantas, anda boleh klik di sini.


7 Tips Kempis Perut Dalam Masa 7 Hari 


Tips Kempis Perut 1: Buat Defisit Kalori

Jaga makan ni paling penting bila nak kempis perut. Bukan senaman yang perlu fokus dulu. Namun jaga makan dulu. Defisit kalori bermaksud anda perlu makan kurang dari keperluan kalori harian anda. Namun elakkan makan terlalu sikit sangat sampai crash diet. Defisit kalori 500-700kalori secara konsisten setiap hari akan bantu anda turun 0.5-1kg dalam masa seminggu.


Tips Kempis Perut 2: Kurangkan Garam



Tips kedua adalah kurangkan garam dalam makanan anda, kerana garam dapat menyebabkan retensi air dan mengakibatkan perut anda nampak buncit. Elakkan makanan proses, makanan segera, dan snek jika anda serius nak kempis perut.


Tips Kempis Perut 3: Tingkat Pengambilan Serat


Tips ketiga adalah tingkatkan pengambilan serat harian anda, seperti kekacang, brokoli, buah-buahan, dan roti yang tinggi serat. Serat dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan membantu fungsi pencernaan yang sihat dan lancar. Serat juga mampu menyerap lemak tau! Bestkan!!!


Tips Kempis Perut 4: Minum Cukup Air

Tips keempat adalah minum air yang cukup, Bila anda minum kurang air, perut anda akan kembung dan  nampak buncit. Air kosong yang cukup akan membantu melancarkan sistem tubuh dan meningkatkan metabolisma badan anda.


Tips Kempis Perut 5: Kekal Aktif Sepanjang Hari

Tips kelima adalah pastikan anda kekal aktif sepanjang hari. Anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti berjalan kaki, naik turun tangga, joging dan sebagainya. Elakkan duduk dalam temph masa yang lama lebih dari 45 minit kerana ini akan menyebabkan metabolisma anda menurun.


Tips Kempis Perut 6: Elak Air Manis


Air manis ni ada kalori tau. Hanya air putih yang zero kalori. Kalori air manis ni boleh mencecah sehingga 500-1000 kalori tanpa kita sedar akibat pelbagai bahan yang tinggi kalori dimasukkan untuk menjadikan air manis tu sedap. Nak jimat kalori? Pilih air putih.


Tips Kempis Perut 7: Kawal Stress 

Tips terakhir adalah kurangkan stress, kerana stress dapat menyebabkan penambahan lemak di perut akibat peningkatan hormon kortisol. Hormon ini boleh menyebabkan kita rasa lapar. Cari cara untuk mengurangi stress anda, seperti dengar muzik, baca buku, berolahraga, atau pergi berjalan-jalan. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anda dah cuba macam-macam tips kurus namun masih gagal nak kurus? Jom join program coaching kurus 21 hari kami yang simple, sihat dan stress free!


Antara testimoni terkini peserta program ini:











PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azura_coach untuk update terkini

TELEGRAM CHANNEL: COACH AZURA

WHATSAPP: SAYA NAK KURUS!



Disclaimer: 

Results tak tipikal. Berbeza setiap individu.


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA