BORING MAKAN NASI? GANTIKAN DENGAN 5 MAKANAN PENGGANTI NASI YANG SIHAT INI!

5 Makanan Pengganti Nasi: Mudah Je Nak Cari!

Nak kurus tak perlu takut makan nasi. Nasi bukan musuh utama anda nak kurus. Nasi boleh jadi punca anda naik berat badan bila anda makan tak ikut portion yang betul. 


Saya sendiri makan nasi setiap hari dan berjaya turun 22kg kurus selepas bersalin.


>>Lihat contoh idea 22 pinggan nasi sihat saya disini!


Namun kadang-kadang rasa jemu juga makan nasi hari-hari kan? Takde idea nak makan apa untuk gantikan nasi? Haaa jom harini saya kongsikan 5 idea karbohidrat sihat yang terbaik untuk anda gantikan nasi!


5 Karbohidrat Kompleks Pengganti Nasi



Brokoli



Digelar ‘Superfood’ yang kaya dengan vitamin C, serat dan antioksidan. Sedap dimakan dengan hanya kukus je. Nak rebus pun boleh namun elakkan rebus lebih dari 5 minit kerana nutrisinya akan berkurang jika dimasak lama.



Sweet Potato



Sweet potato atau ubi keledek ada pelbagai warna seperti ungu dan oren. Ia mampu membekalkan tenaga. Anggaran 100g ubi keledek boleh memberi anda 20.7g karbohidrat. Ia juga kaya dengan vitamin B6, vitamin C, potassium dan zat besi.  Kukus je pun dah sedap sangat! 



Quinoa



Quinoa diiktiraf sebagai makanan lengkap. Ia mengandungi nutrisi yang tinggi seperti karbohidrat, protein, lemak baik, serat, kalsium, vitamin B dan E serta zat besi. 100g quinoa memberikan anda 120 kalori. 



Labu



Sayuran berkanji ini juga sangat bagus untuk dijadikan pengganti nasi. 100g labu bersamaan dengan 60 kalori sahaja. Banyak khasiat labu untuk kesihatan anda seperti tinggi antioksidan, meningkatkan sistem imun, membantu mengekalkan kesihatan jantung dan kulit. Rasanya yang lemak manis memang sedap dimakan walaupun hanya dikukus. 


Bunga Kubis




Sayur bunga kubis ini sangatlah rendah kalori dan tinggi nutrisi. Anda boleh dapat karbohidrat, protein, serat, lemak, kalsium, magnesium, potasium, vitamin C dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk kesihatan anda daripada bunga kubis.


5 Makanan Pengganti Nasi ini walaupun ia sihat, namun harus diingat semuanya ada kalori. Pastikan anda makan mengikut portion yang betul juga ya!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau boring makan nasi, boleh tukar nasi anda kepada 5 makanan pengganti nasi ini ye. Namun, dalam program coaching kurus 21 hari kami, setiap peserta sememangnya digalakkan untuk makan nasi. Walaupun makan nasi hari-hari, mereka tetap boleh dapat results yang luarrrr biasa!


Jom kita lihat antara testimoni terkini peserta program coaching ini!


 









PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI SETIAP HARI

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA