6 TABIAT MAKAN NASI YANG MENYEBABKAN ANDA GAGAL KURUS
Makan Nasi Bukan Punca Anda Naik Berat Badan!
Ramai orang salah faham bila nak kurus ni kena elak makan nasi. Dari kecil kita dah biasa makan nasi, seawal bayi usia 6 bulan pun ibu kita dah bagi makan bubur. Tiba-tiba dah besar nak elak makan nasi. Persoalannya, berapa lama agaknya anda mampu tolak nasi?
Nasi tergolong dalam kategori karbohidrat yang mana karbohidrat ni merupakan sumber tenaga utama untuk badan kita. Kalau badan kurang karbohidrat, anda akan cepat letih, lesu dan tak bertenaga.
Nasi tak bersalah. Yang salah bila anda makan nasi bersama dengan 5 tabiat di bawah:
Makan Nasi Menggunung
Setiap kali makan nasi, portion nasi anda setinggi gunung Kinabalu. Memang tak kuruslah ceritanya😅 Kesian nasi yang dipersalahkan.
Makan Nasi Kuah Banjir
Sesudu kuah lauk bersantan seperti kari dan masak lemak mempunyai sekitar 50 kalori. Kalau dah makan nasi dengan kuah banjir, agak-agaknya berapa kalori daripada kuah sahaja? Patutlah berat badan semakin bertambah!
Makan Nasi Bertambah-Tambah
Eh sedap pulak lauk ni! Tambah sikit lah nasi. Sikit sikit sikit sudahnya tak sedar dah 3-4 senduk nasi anda makan! Biasakan diri untuk ambil nasi hanya sekali ikut portion yang betul tanpa perlu menambah-nambah.
Makan Nasi Berperisa
Contoh seperti nasi goreng, nasi minyak dan nasi tomato. Nak sediakan nasi ni kan kita guna minyak atau marjerin. Bertambah lah lemak tepu dan ada extra kalori jadinya kat nasi tu. Sebab tu nasi berperisa kurang sesuai untuk anda yang nak kurus.
Makan Nasi Tak Cukup Lauk
Eh tak cukup lauk pun boleh jadi punca tak kurus-kurus ke? Ya boleh! Bila anda makan nasi tak cukup protein dan serat, anda mudah rasa lapar semula. Belum sampai masa untuk makan lagi nanti anda dah cravings itu ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Simple je sebenarnya nak kurus ni. Tak perlu elak nasi. Jangan ikut budaya barat kalau anda tak mampu nak konsisten dengan cara diet kurus elak nasi. Saya dan suami enjoy makan nasi setiap hari. Saya turun 22kg kurus selepas bersalin. Suami saya turun 12kg kurus selepas isteri bersalin😁
Comments
Post a Comment