NAK KURUS: 8 TIPS MUDAH NAK MINUM BANYAK AIR

Nak Kurus WAJIB Minum Banyak Air!

Bismillah

Dah ke toilet harini? Mesti dah kan...Psssttt, perasan tak bila anda buang air kecil tadi, apa warna air yang anda buang tu? Crystal clear tak macam warna air di bawah? Kalau tak jernih macam tu...berkemungkinan besar anda masih kurang minum air hari ni.

 

Air Sangat Penting Untuk Tubuh Badan Kita!

Kalau nak kurus, nak sihat..anda wajib minum banyak air kosong sehari. Mesti anda dah baca banyak info tentang kepentingan air dalam tubuh badan kita kan? Terutamanya yang selalu Google tips nak kurus.

Jumlah minimum yang kita perlu minum sehari ialah 2L. Sebabnya 70% organ badan kita perlukan air untuk berfungsi di tahap optimum. Kalau nak kurus, kena minum lebih banyak lagi untuk result yang lebih baik.

Dulu, sebelum kenal Herbalife, saya memang tak suka minum air. Purata hanya 500ml je sehari. Akibatnya, masalah sembelit, buasir dan sakit kepala selalu menyerang. Alhamdulillah, selepas kenal Herbalife, saya tiada masalah untuk habiskan 3-4L sehari!

>> Download e-book saya (Ketahui Bagaimana Saya Hilangkan 2kg Dalam Masa 5 Hari Tanpa Senaman) sekarang dan ketahui bagaimana saya berjaya mendapat banyak perubahan kesihatan yang positif!

8 Tips Nak Minum Air Banyak Dengan Mudah


Nak kurus, mestilah bersedia untuk berubah. Tak susah pun sebenarnya nak minum air banyak ni. Cuba tips di bawah:

1) Minum segelas air kosong sebaik sahaja anda bangun tidur. Bila baru bangun, anda masih pening, mulut anda kering, anda perlukan sesuatu untuk 'segarkan' badan anda. Daripada anda terus sambar secawan kopi, lebih baik anda minum segelas air kosong atau bancuh tea mix suam. Saya suka bancuh air kosong campur aloe vera herbalife, terus saya cari toilet dalam masa kurang setengah jam!

2) Sentiasa bawa botol air dengan anda sepanjang masa. Pengalaman saya, bila botol air betul-betul di hujung jari saya, saya lebih kerap minum air dan kadang-kadang tak sedar dah habis 1L tea mix yang saya bancuh dalam botol air herbalife saya ni, kurang dari sejam.

3) Minum segelas air kosong 30 minit sebelum makan. Saya selalu mencabar diri saya untuk amalkan tabiat ni bila saya nak kurus. Susah juga pada mulanya nak disiplin. Tetapi saya perasan, kalau saya minum dulu sebelum makan, saya akan makan lebih sedikit dan saya lebih cepat kenyang.

4) Minum air kosong + tea mix. Jika anda tidak suka rasa air kosong yang plain dan boring, saya cadangkan anda mencuba herbalife tea mix yang mempunyai rasa lemon dan peach. Memang berkesan untuk saya yang tidak suka rasa air kosong yang tawar. Bila campur dengan tea mix lemon, rasa macam tengah minum ice lemon tea. Bancuh sejuk-sejuk, sedapnya!

5) Minum air daripada botol yang mempunyai straw. Saya suka botol air herbalife. Baik yang 1L mahupun yang 2L, kedua-duanya mempunyai straw yang sangat memudahkan saya untuk minum air kosong lebih banyak untuk bantu saya nak kurus. Bila minum guna straw, saya tak perasan pun saya dah minum banyak air dalam masa 1 hari!

6) Cabar diri anda sendiri! Kalau anda suka mencabar diri sendiri, apa salahnya anda cabar diri anda hari ini, "Aku nak kurus, jadi..aku mesti habiskan 4L air kosong hari ni!" Tak salah mencabar diri sendiri untuk sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri kita sendiri bukan?

7) "One step at a time" Untuk permulaan, memang susah bagi saya yang tak suka minum air ni nak terus minum 2, 3 atau 4L air kosong sehari. Tapi, saya fikir nak kurus, saya berubah, sedikit demi sedikit, dan saya lakukan setiap hari. Hari ni saya minum 1L, esok saya tambah kepada 1.2L, lusa saya tambah lagi kepada 1.5L dan seterusnya. Saya percaya anda juga boleh berubah!

8) Jadikan tabiat. Dulu saya memang benci nak minum air kosong. Tapi, bila saya ambil langkah kecil sedikit demi sedikit..berterusan setiap hari..lama-lama, saya pun tak sedar saya tiada masalah nak minum air kosong banyak-banyak sekarang. Cepat pulak haus sepanjang hari. Dah jadi kebiasaan pulak sekarang, alhamdulillah.

Jika anda serius nak kurus dan sudah bersedia untuk berubah, hubungi saya sekarang di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.



*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

  1. Terima kasih atas info yang berguna ni:)

    ReplyDelete
  2. Terimakasih d atas info yg d berikan.

    ReplyDelete
  3. tq tips yang bermanfaat ni..jemput singgah ke blog sy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!