PUASA DENGAN HERBALIFE: TAHUN KE 10 SAYA!

Puasa Dengan Herbalife: Kisah Sebelum vs Selepas Saya



Pejam celik pejam celik kita dah nak sampai bulan Ramadan dah tahun ni. Alhamdulillah Ramadan tahun 2021 ini masuk tahun ke-10 saya puasa dengan Herbalife. Ramaiiii yang akan mencari Herbalife  untuk persediaan Ramadan. Kenapa agaknya ramai yang suka puasa dengan Herbalife?

Jom harini saya nak share dengan anda semua perbezaan pengalaman saya sendiri sebelum dan selepas puasa dengan Herbalife πŸ€—

Sedikit ingatan, kisah pengalaman sebelum puasa dengan Herbalife, semuanya kisah 10 tahun yang lepas. Zaman belum berkahwin pun lagi dan masih stay dengan parents 😁


1. Waktu Bersahur

Sebelum Puasa Dengan Herbalife

Haaa dulu-dulu, ibu saya akan bangun seawal 4 pagi untuk siapkan nasi dan lauk-pauk. Saya pun akan bangun dengan keadaan yang sangat mengantuk, berat dan culas sikit 🀫 Saya akan tolong ibu untuk siapkan 2-3 lauk dan siapkan air manis panas seperti teh o atau kopi atau nescafe o.

Walaupun mengantuk, tapi selera makan tu ada yeee, saya boleh makan nasi banyak masa sahur tu. Konon-konon taknak lapar lah nanti masa puasa siang harinyaπŸ˜… Lepas selesai solat Subuh biasanya memang saya akan tidur balik masa tu.

Selepas Puasa Dengan Herbalife

Normal kan nak bangun awal pagi tu rasa mengantuk. Sama je setiap hari. Namun saya sangat bersyukur sebab tak perlu bangun seawal 4 pagi dah semata-mata nak prepare makanan sahur. Saya boleh guna masa yang ada untuk buat ibadah lain yang sangat dituntut untuk kita lakukan lebih banyak semasa bulan Ramadan. 

Menu sahur saya sangat mudah bila puasa dengan Herbalife sebab saya hanya perlukan 5 minit je untuk prepare aloe vera, tea mix dan Herbalife Shake saya. Jangan dilupa buah kurma dan minum air kosong secukupnya. 

Best tau boleh sahur dalam keadaan yang tenang, tak rushing dan tak perlu kentang kentung di dapur awal pagi. Just dengar bunyi blender je 😁 Dapur pun tak perlu nak kemas pagi-pagi tu yeayyy!!!

Kalau terrrrlajak bangun lewat sikit pun biasanya saya masih sempat nak sahur sebelum masuk waktu imsak Alhamdulillah. Dannnn bestnya memang tak rasa nak tidur pun lepas bersahur. Badan rasa sangat fresh  bertenaga dan terus je sambung but macam-macam perkara berfaedah selepas Subuh 😍


2. Sepanjang Berpuasa Di Siang Hari

Sebelum Puasa Dengan Herbalife

Kalau tidur lepas sahur tu, perasan tak biasanya bila bangun je tu mesti terus rasa laparrrr sangat walaupun baru pukul 10. Badan rasa lesu sungguh dan ini menyebabkan saya rasa asyik nak tidurrrr je sepanjang hari. Memang jadi hari yang sangat tidak produktif. Dengan keadaan perut pun tasa tak selesa, pedih dan memang tak best lah perasaan tu senang ceritanyaπŸ˜…

Selepas Puasa Dengan Herbalife

MasyaAllah Alhamdulillah bukan setakat tak rasa nak tidur waktu lepas Subuh, malah waktu siang hari tu pun tak rasa nak tidur. Boleh buat macam-macam benda. Rasa lapar tu tipu lah kan kalau kata langsung takde. Ade tapi taklah seteruk jika sahur makan nasi πŸ˜‚ Dan rasa lapar sikit tu pun hanya terasa bila dah petang. Rasa haus tu sangat normal bila kita puasa. Over tu kalau langsung tak rasa haus πŸ˜… Nama pun puasa kan 😁


3. Waktu Berbuka


Sebelum Puasa Dengan Herbalife, saya selalu akan terkam air manis sejuk-sejuk tu dulu. Ya Allah nikmat sungguh rasa tekak. Lepas tu terus makan makanan berat yang pelbagai, bersama kuih muih manis yang perbagai. Akibatnya, waktu solat maghrib, isyak dan terawih tu mesti rasa bloating, perut tak selesa, rasa nak muntah (kalau overeating sangat) dan paling tak best rasa mata mengantuk sangat! Memang takleh bincang berapa kali menguap masa solat terawih.

Selepas Puasa Dengan Herbalife

MasyaAllah Alhamdulillah saya sukaaaa sangat feeling buka puasa dengan Herbalife. Sangat best bila berbuka dengan kurma, aloe vera, tea mix dan herbalife shake. Lepas tu saya akan makan sedikit buah dan terus solat maghrib. Memang lega perut dan boleh solat dengan keadaan perut yang lebih selesa. 


Saya akan makan nasi sebelum terawih atau selepas tu. Dan nafsu makan pun tak membuak-buak, perut selesa dann paling best sepanjang solat saya tak rasa mengantuk pun dan berbeza sangat rasa dari segi energy. Syukur sangat Allah temukan saya dengan Herbalife Nutrition 10 tahun lepas dan sebab tu saya setia dengan Herbalife Nutrition sampai sekarang! Perubahan positif terlalu banyak MasyaAllah Alhamdulillah🀲🏻


Alhamdulillah Untuk 10 Tahun Puasa Dengan Herbalife Nutrition

Inilah kisah saya sendiri puasa dengan Herbalife. Ramai lagi coachee saya yang lain yang dah dapat perubahan yang sangat banyak bila puasa dengan Herbalife. InshaaAllah saya akan kongsikan testimoni mereka di posting seterusnya ya πŸ€—


Jika anda berminat untuk mendapatkan Herbalife Nutrition untuk persediaan puasa dengan Herbalife, boleh hubungi saya di sini. 


FOLLOW INSTAGRAM : @azurafirdaus_coach untuk update terkini

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA