PUASA DENGAN HERBALIFE: BANYAK KELEBIHANNYA

Puasa Dengan Herbalife: Membantu Mengawal Nafsu

Bismillah

Ramadan Semakin Hampir

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menghampiri bulan Ramadan. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada kita untuk bertemu Ramadan sekali lagi. Sudahkah anda bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini?


Banyak manfaat yang boleh kita ambil waktu bulan Ramadan ni.Selain dari menguatkan iman kita, berpuasa juga mendidik kita untuk belajar mengawal nafsu. Nafsu makan, nafsu membazir, nafsu nak berseronok, nafsu boros dan macam-macam lagi..Pendek kata belajar menjadi sabar, terutamanya apabila tengok macam-macam makanan yang ada di bulan puasa nanti.  Kalau tak, takkanlah ramai yang gelar Ramadan ni bulan pesta makanan, betul tak?

Bila Allah dah sediakan sebegitu besar kelebihan berpuasa di bulan Ramadan, sangat-sangatlah rugi kalau kita masih kekalkan tabiat pemakanan yang tak sihat. Suka makan berlebih-lebihan, banyak makan makanan yang berat-berat waktu berbuka, minum air manis banyak-banyak, makan berlebihan kuih-muih, kurang minum air dan sebagainya sampailah kita rasa mengantuk akibat kekenyangan dan end up malas pergi solat terawih. Kalau pergi pun, buat 4 rakaat je pun dah rasa malas. Rugi  rugi rugi!

Bulan terbaik untuk mula menggunakan Herbalife

Sebab itulah bulan Ramadan ini adalah bulan terbaik untuk anda mulakan puasa dengan Herbalife. Bukan sebab saya pengedar herbalife, tapi sebab saya sendiri sudah masuk tahun ke-3 pada tahun ini  untuk berpuasa dengan Herbalife, in shaa Allah.

Puasa dengan Herbalife sangat sangat sangat membantu saya untuk mengawal nafsu makan, mengawal nafsu nak makan macam-macam waktu berbuka, kawal nafsu nak beli semua benda yang ada dekat bazar ramadan, dan secara tak langsung mengawal pengaliran duit keluar macam air bila pergi bazar. :)


Kenapa? Sebab, Alhamdulillah waktu sahur, saya hanya mengamalkan minum aloe, tea mix dan herbalife shake sahaja setiap pagi. Kalau balik rumah ibu atau rumah mertua, saya akan jamah sikit lauk pauk, nanti diorang kecik hati pulak tak makan kan. :p Saya lebihkan juga minum air kosong, selalunya saya boleh minum sehingga 1L air kosong waktu bersahur. Kurma pun tak lupa jugak.

Pengalaman puasa dengan Herbalife 

Pengalaman yang saya boleh rasakan jika bersahur dengan herbalife, saya tak cepat rasa lapar waktu siang, perasaan nak makan macam-macam tu tak membuak-buak, tak terlalu letih, jarang-jarang tidur siang dan Alhamdulillah boleh spend masa lebih untuk membaca Al-Quran waktu siang hari. Tapi rasa haus sesangat tu memang tak dapat dinafikan. Haus je yang beriya, lapar Alhamdulillah terkawal. Situasi ni memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan kalau saya bersahur dengan nasi. Belum pun tengahari, dah rasa terlalu lapar sampai kadang-kadang kena gastrik!

Waktu berbuka pun sama penting dengan bersahur. Sepatutnya apabila perut kita kosong, seharian berpuasa, kita tak boleh tiba-tiba terus makan makanan yang berat, tinggi kandungan lemak, berminyak dan terlalu manis. Nanti takut perut terkejut dan terpaksa kerja keras untuk proses semua makanan yang masuk sampai badan kita jadi lemak, kurang tenaga untuk solat terawih.

Bila puasa dengan Herbalife, menu buka puasa yang saya selalu amalkan ialah berbuka dengan aloe, tea dan herbalife shake, kurma dan sedikit buah-buahan yang lain. Cukup untuk mengalas perut, mengenyangkan dan memberi saya tenaga untuk solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah. Lepas balik terawih baru saya makan menu biasa, tapi saya kawal kuantitinya. Lagipun, memang dah tak rasa lapar sangat dan biasanya memang tak ada rasa nak makan banyak pun lepas tu..

Dapat extra bonus

Bonusnya, Alhamdulillah, puasa dengan Herbalife pun boleh bantu saya jadi lebih sihat dan betenaga  dan dapat kurangkan berat badan. Bolehla melaram waktu raya! :)

Saya sudah bersedia untuk puasa dengan Herbalife tahun ini. Jika anda juga sudah bersedia, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk herbalife anda di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887.

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.

*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA