TIPS KURUS 13: TIPS NAK TIMBANG BERAT BADAN
Tips Kurus 13: 3 Tips Mudah Nak Timbang Berat Badan
Bismillah
Bismillah
Orang yang nak kurus mesti suka timbang berat badan. Betul tak? Macam saya dulu, sebelum guna herbalife memang semangat pergi beli alat penimbang dekat farmasi. Sebabnya kalau boleh setiap hari dan setiap jam nak timbang berat badan. Tapi bila tengok bacaan tak menentu, terus rasa keliru dan frust!
Haa, sebenarnya nak timbang berat badan ni pun boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan kita tau.. Jadi hari ini, saya nak share tips kurus yang mudah iaitu 3 tips nak timbang berat badan.
Tips Kurus 1: Guna Alat Penimbang Yang Sama
Pastikan anda guna alat penimbang yang sama. Bacaannya mungkin berbeza untuk setiap alat penimbang. Jangan hari ini anda timbang di rumah guna penimbang anda, esok lusa pula anda timbang di klinik, atau di mana-mana pasaraya. Perbandingan menggunakan alat penimbang yang sama lebih sesuai dan tepat.
Tips Kurus 2: Timbang Pada Waktu Yang Sama
Pastikan anda timbang pada waktu yang sama jika anda ingin membuat perbandingan bacaan. Contohnya hari ini anda timbang pada waktu pagi, pukul 7. Seminggu selepas itu pastikan anda timbang pada waktu pagi dan pada jam yang sama juga, pukul 7.
Bacaan waktu pagi dengan malam berkemungkinan besar tak sama kerana pengambilan makanan dan minuman yang tak konsisten. Bacaan berat yang paling tepat adalah pada waktu pagi, sebaik sahaja bangun tidur dan selepas buang air.
Tips Kurus 3: Jangan Timbang Setiap Hari
Ini tips kurus yang penting juga. Jangan timbang setiap hari sebab mungkin akan memberi tekanan kepada anda jika bacaannya sama, berkurangan sedikit sahaja atau mungkin meningkat! Turun berat badan bukan proses yang boleh berlaku 1 malam sahaja. Bagi diri anda masa, lakukannya dengan tenang dan gembira kerana jika anda tertekan, ia mungkin akan mempengaruhi keputusan anda. Sebaiknya timbanglah setiap seminggu atau dua minggu sekali ya!
Semoga tips kurus ini bermanfaat untuk anda. Jom kurus dengan cara yang sihat dengan herbalife! Saya bersedia membantu anda! Hubungi saya di sini.
Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.
*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit.
*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit.
Hebat-hebat
ReplyDeletebagus sekali :),
ReplyDelete