MENU BUKA PUASA: MENU HARIAN BIASA VS MENU HERBALIFE

Menu Buka Puasa: Pengalaman Saya Pada Hujung Minggu Yang Lalu

Bismillah


Setiap tahun, seluruh ahli keluarga saya akan berkumpul pada hujung minggu untuk berbuka puasa bersama. Kami akan bincangkan menu buka puasa yang istimewa  sebelum berkumpul. Aktiviti tahunan ini memang wajib dan tak lengkap rasanya Ramadan kalau tak berkumpul 9 adik-beradik bersama-sama. Ramaikan adik-beradik saya! :)

Hujung minggu lepas, saya berpeluang berkumpul bersama mereka. Walaupun tidak semua adik beradik yang ada kerana komitmen masing-masing, tapi seronok dapat kumpul ramai-ramai dengan ibu tersayang untuk berbuka bersama dengan menu buka puasa istimewa kami.

Tapi kali ni, saya bukan nak bercerita tentang keseronokan berbuka bersama keluarga kerana saya tahu semua orang pasti tahu perasaannya kan. Harusla seronok! Tapi saya nak cerita tentang menu buka puasa dan pengalaman saya yang tidak berbuka dengan herbalife shake. My cheat day! ;)


Disebabkan dah lama tak rasa air tangan ibu, saya request ibu masakkan nasi lemak sebagai menu buka puasa. Saya pulak sediakan ayam goreng berempah. Ni semua  gara-gara terpesona tengok nasi lemak ayam goreng berempah dekat bazar.  So, bila azan maghrib berkumandang, saya berbuka dengan kurma, kemudian minum air segelas dan saya makan nasi lemak suku pinggan sahaja. Tak banyak pun...sebab memang tak boleh nak masuk sekali banyak masa berbuka. Tak tahulah kenapa..

Lepas tu, kami solat maghrib berjemaah di rumah. Lepas tu rehat-rehat sekejap dan bila masuk Isya', kami berjemaah di rumah sahaja dan terus menunaikan solat terawih 8 rakaat. Haaa, waktu ni lah dugaan datang dan perbezaan menu buka puasa herbalife VS menu buka puasa makanan lain terserlah. Aduhai....mata berat sesangat..mulut menguap banyak kali, tak terkira berapa kali saya menguap..Lepas tu, belum lagi dengan asyik sendawa sebab perut berangin...Memang rasa badan berat sangat..Kepala sakit...Asyik fikir bila nak habis ni...Astaghfirullah...Tak tahulah ada pahala untuk saya atau tidak solat malam tu..


Berbeza sangat jika dibandingkan apabila saya memilih menu buka puasa dengan herbalife. Dimulakan dengan kurma, aloe vera, tea mix dan herbalife shake. Kenyangnya sama, tapi badan saya taklah berat nak solat, tak mengantuk, tak letih dan perut pun selesa je..Mungkin perut saya dah terbiasa dengan tabiat berbuka dengan herbalife. Sampaikan kesannya sangat ketara bila saya cuba untuk skip dan berbuka dengan menu buka puasa yang biasa. Padan muka diri sendiri! 

Saya dah serik dan akan jadikan pengalaman minggu lepas sebagai pengajaran. Apa yang saya pelajari, tak salah kalau kita teringin menu buka puasa menu harian yang lain. Tapi, apa-apa pun, jangan sesekali skip aloe, tea mix dan herbalife shake dahulu. Sebab, perut kita kosong setelah seharian berpuasa. Jadi perut kita dalam keadaan berasid. Untuk neutralkan semula perut kita, kita perlu berbuka dengan makanan bersifat alkali, bukan asid untuk mengelakkan masalah perut tak selesa, berangin dan kembung. Lepas solat terawih jika nak makan menu biasa, haa silakan lah..tapi sila kawal kuantiti jika anda ingin mengawal berat badan anda.



Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA