HERBALIFE SHAKE: RASA MACAM AISKRIM?

Herbalife Shake: Rasa Aiskrim Vanilla!

Bismillah


Saya rasa semua orang suka makan aiskrim, betul tak? Tak kiralah orang tua, muda, apatah lagi kanak-kanak! Jika anda penggemar aiskrim, mungkin anda boleh mencuba resipi herbalife shake yang saya baru cuba semalam. Resipi ini saya dapat daripada kawan-kawan saya semasa latihan dalam kumpulan hujung minggu yang lepas.

Semasa mula-mula nak bancuh  tu, rasa ragu-ragu jugak, betul ke macam rasa aiskrim? Sedap ke? Sebab, selama saya sudah menggunakan Herbalife dari tahun 2011, hanya sekali je saya pernah cuba bancuh Herbalife shake formula 1 perisa French Vanilla dengan air kosong semata. Saya kurang gemar rasanya yang plain..agak kosong je macam tak rasa apa..Tapi, jangan di offer jika campurkan Herbalife shake perisa vanilla ni dengan Herbalife shake perisa lain seperti Dutch Chocolate, Strawberry atau pun Tropical Fruit..ha yang ni saya selalu buat sebab saya suka kombinasi rasa pelbagai perisa ni..Cubalah, mesti anda setuju dengan saya :)

Herbalife shake formula 1 perisa French Vanilla + NW Formula 
+ Air Kosong Sejuk = Rasa Aiskrim Vanilla


Saya dah cuba 2 kali, dan memang terbukti rasa sama macam aiskrim vanilla. Tapi pastikan guna air kosong yang sejuk yang disimpan di dalam peti ais. Baru dapat rasa yang saya maksudkan. Rasa tak sabar nak tunggu buka puasa nanti, nak berbuka dengan herbalife shake aiskrim ni lagi! :)

Jadi, jika anda masih ragu-ragu sedap ke herbalife shake ni, berhenti berfikir. Just mulakan minum dan anda akan menyukainya. Ada banyak pilihan perisa yang lain selain daripada vanilla. Anda hanya perlu pilih perisa kegemaran anda. Anda juga boleh mengubah resipi mengikut kreativiti anda untuk mengelakkan anda cepat bosan dengan satu rasa yang sama sahaja.


Hubungi saya untuk mendapatkan herbalife shake dan produk herbalife yang lain sekarang di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887.

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!