HERBALIFE EXTRAVAGANZA 2013 BANGKOK

Herbalife Extravaganza: Pengalaman Berharga

Bismillah

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Herbalife Extravaganza saya yang kedua bersama Herbalife. Telah dijalankan di Bangkok, Thailand pada 14 - 16 Jun 2013 yang lalu. Untuk pengetahuan semua, Herbalife Extravaganza ni adalah event terbesar yang dianjurkan oleh Herbalife di peringkat Asia Pasifik (APAC). 

Telah dihadiri oleh 23,000 orang pengedar Herbalife dari pelbagai negara seperti Indonesia, Taiwan, Thailand, Australia dan banyak lagi negara APAC yang lain. Apa yang sangat membanggakan apabila diumumkan Malaysia adalah negara yang paling ramai di dalam dewan Impact, Bangkok tersebut dengan kehadiran seramai 6,500 pengedar Herbalife! Dan saya salah seorang daripadanya! *Bangga!

Dan sebenarnya, di India dan Korea telah berlangsung Herbalife Extravaganza mereka sendiri walaupun mereka termasuk di dalam negara APAC. Tetapi disebabkan oleh sudah terlalu ramai pengedar daripada negara mereka sendiri, mengadakan Herbalife Extravaganza di negara sendiri adalah pilihan yang terbaik. Di India, 14,000 orang pengedar dan di Korea, 16,000 orang pengedar herbalife yang telah menghadiri Herbalife Extravaganza di negara masing-masing. Jadi, sebenarnya, ada 53,000 orang pengedar yang telah menghadiri Herbalife Extravaganza di APAC!!! WOW!

Dari pengalaman saya sendiri, saya boleh katakan ini adalah Herbalife Extravaganza terbaik yang saya pernah hadiri. Rugi bagi sesiapa yang memilih untuk bertangguh untuk datang ke herbalife extravaganza ni..Bagi yang ada alasan yang kukuh tu takpelah..kadang-kadang kita hanya merancang, tapi perancangan Allah tu adalah yang terbaik..Tapi, untuk yang langsung bulat-bulat give up dan memilih untuk tak datang..........moga Allah bukakan hati anda untuk berubah demi kejayaan diri anda sendiri. Amin :)

 Beberapa perkara yang saya suka sepanjang Herbalife Extravaganza kali ini:

1) KOS PERCUMA

Kos penerbangan pergi dan balik, hotel dan penginapan saya adalah PERCUMA. Ya, percuma sebab saya berjaya mencabar diri saya untuk grab promosi yang dilakukan oleh Upline saya. Walaupun dalam keadaan sebulan berpantang dengan herbalife akibat pembedahan appendix, saya masih mampu menjalankan kerja-kerja saya di rumah tanpa sebarang alasan. Bila kita ada target apa yang kita nak, in shaa Allah sangat-sangat membantu kita untuk terdorong berusaha lebih kuat.

2) BARISAN SPEAKERS YANG HEBAT-HEBAT

President Team Maryam Izzati

Alhamdulillah, berpeluang mendengar sharing daripada ramai leader dalam herbalife yang dah berjaya. Antara yang menyentuh hati saya ialah apabila melihat junior sekolah menengah saya sendiri naik ke pentas menjadi Emcee untuk training hari ke-2 iaitu President Team Maryam Izzati. Bangga, terharu, sampai menitiskan air mata tengok Maryam atas stage besar Herbalife Extravaganza. Kagum dengan Maryam, kisah dia yang berjaya dengan Herbalife bermula hanya semata-mata  ingin menolong ibunya membayar hutang sangat-sangat mengusik jiwa saya. *Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk stay di dalam Herbalife untuk IBU.

3) TOPIK YANG LEBIH MUDAH DIFAHAMI DAN TERPERINCI

Semua speakers telah berkongsi banyak sangat ilmu yang sangat-sangat berguna. Dan topik kali ini lebih mudah difahami. Paling suka dengan topik yang dikongsikan oleh Susan Peterson. Dia ni Pengedar No.1 di dunia! Dah berumur lebih dari 50 tahun. Tapi tak nampak pun macam 50 lebihkan?


Hari terakhir training Susan Peterson share 10 kunci utama untuk berjaya. Nak tahu apa? Nanti saya akan sharekan di blogpost seterusnya ya.

4) BOLEH SHOPPING KAT BANGKOK! HAHAHA

Hasil shopping di MBK Mall, Bangkok

Alhamdulillah, disebabkan kos lain dah disponsor, dapatlah shopping sikit-sikit guna duit sendiri dan suami. Merasalah juga belikan souvenier untuk adik beradik, keluarga dua-dua belah..saya dan suami..barulah adil, betul tak? Semoga satu hari nanti ahli keluarga saya dan juga anda dapat bersama-sama berjaya di dalam Herbalife dan boleh menikmati peluang melancong sambil belajar setiap tahun bersama-sama! :) Amin....


Bersama team members Sasababy Family

Ini kisah herbalife extravaganza saya. Jika anda ingin mencoret kisah herbalife extravaganza anda sendiri bersama saya pada extravaganza akan datang, jangan segan untuk hubungi saya di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887 Saya bersedia berkongsi dengan anda peluang untuk berubah dan berjaya di dalam Herbalife!.

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

  1. wahhhh ! bestnya akak azura . hopefully next year saya pun join akak ke Extravaganza

    ReplyDelete
  2. Sangat best! Yup2, jom herbalife extravaganza next year! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

DIET KURUS: 9 MAKANAN YANG MEMPUNYAI GULA TERSEMBUNYI