BERPANTANG DENGAN HERBALIFE: PENGALAMAN PERTAMA SAYA

Berpantang Dengan Herbalife: Sangat Mudah!

Bismillah

Wah dah lama saya tak update blogpost terbaru..Bermacam-macam kisah yang berlaku sepanjang 2 bulan lepas. In shaa Allah saya akan sharekan di sini semuanya. Tapi kali ni, saya nak share dulu kisah saya berpantang dengan Herbalife. Tapi berpantang saya ni bukan berpantang sebab bersalin...tapi berpantang selepas pembedahan appendix. Yang bersalin tu mungkin pembaca semua boleh doakan rezeki anak saya menyusul tak lama lagi. Aminnnn:)

Alkisah, awal bulan April lalu saya terpaksa menjalani pembedahan mengejut  untuk membuang appendix saya yang dah pecah. Masa tu, saya mula rasa sakit perut pada pagi Ahad, waktu nak solat Subuh. Saya ingatkan sakit perut biasa atau gastrik. Breakfast saya minum shake Herbalife dan ambil aloe vera Herbalife macam biasa..Alhamdulillah beransur lega..

Perasan sakit perut dah ok, tengahari saya ke Jusco temankan husband shopping barang sikit. Masa di Jusco sakit perut saya datang balik. Malah lebih teruk dari pagi tu..Saya tak boleh jalan-jalan, hanya duduk je di kerusi dan tunggu sehingga husband selesai beli barang. Balik je rumah, saya terus baring. Sakit perut tu menyerang di bahagian tengah, kiri, kanan dan kadang-kadang pergi ke ulu hati. Tak tetap di belah kanan je. Saya pergi klnik doktor kata gastrik. Siap kene injection sedas kat  punggung T_T

Tapi balik dari klinik pun tak kurang apa. Sakit berterusan sampai esoknya, hari Isnin. Saya cuba berbekam di perut..adalah kurang sikit..tapi tak lama tu sakit balik. Pergi klinik sekali lagi pun doktor kata gastrik lagi dan kena injection lagi di tangan pulak kali ni..Wah serius seksa! Akhirnya bila dan tengah malam pun tak kurang jugak, husband dan abang saya buat keputusan untuk hantar terus ke hospital. Kat sanalah baru doktor detect appendix dah pecah. Terus kena masuk wad dan esoknya terus kena operate. Alhamdulillah, masa di hospital, saya cepat boleh bangun, duduk, berdiri dan jalan selepas pembedahan. So doktor beri pelepasan untuk balik selepas 2hari.

Scary tengok nama sendiri. Pengalaman pertama dibedah!

Balik dari hospital, bermulalah kisah berpantang dengan Herbalife saya. Ibu saya kata, walaupun hanya pembedahan appendix, tapi saya perlu berpantang seperti orang lepas bersalin. Nak lagi sedih, sebenarnya lebih banyak makanan yang saya tak boleh makan berbanding orang pantang bersalin sebab appendix melibatkan usus. Makan nasi pun tak boleh sebab nanti sakit sangat kat perut dan susah nak dihadam. Lama jugak kena makan bubur je.

Jadi, saya pilih untuk berpantang dengan Herbalife je sebagai penyelesaian. Jadual pemakanan saya semasa berpantang dengan Herbalife seperti di bawah:

Bangun pagi: Air kosong dan aloe vera herbalife

Sarapan: Herbalife shake

Minum pagi: Milo panas & roti

Makan tengahari: Bubur nasi dan lauk (Sampai muak makan ikan haruan) Sayur sangat-sangat banyak! Lebihkan sayur boleh bantu saya elakkan masalah sembelit.

Minum petang:  Herbalife shake

Makan malam: Bubur atau herbalife shake

Supper: Herbalife shake

Snek saya sepanjang berpantang ialah buah-buahan seperti anggur dan betik.

Air kosong dan aloe pun saya minum banyak-banyak untuk elakkan masalah sembelit dan angin dalam badan. Selepas operate ni saya perasan saya mudah kena masalah sembelit dan angin dalam badan. Nasi baik ada aloe vera Herbalife. Sangat membantu saya untuk improve masalah ni..

Masa berpantang ni saya cepat lapar, tapi saya tak boleh makan sekali banyak, nanti terasa sakit sangat usus-usus kat perut. Jadi saya makan sikit-sikit tetapi kerap.Tapi yang paling best, walaupun makan banyak, saya dapat turun 4kg semasa berpantang dengan Herbalife selama sebulan lebih tempoh hari! Alhamdulillah.

Berpantang dengan Herbalife memang sangat mudah. Malah sangat membantu proses pemulihan luka luar dan dalam saya. Jika anda ingin berpantang dengan Herbalife seperti saya, hubungi saya sekarang di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887.


Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.

*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA