Kalori & Berat Badan: Kenapa Dah Makan Sikit Tapi Tak Kurus? Fahami Cara Betul Untuk Turun Berat Dengan Sihat

Kalori & Berat Badan: Kenapa Dah Makan Sikit Tapi Tak Kurus? Jom Faham Ilmu Penting Ni!

Ramai orang dah cuba “makan sikit” untuk kurus, tapi berat badan tetap tak turun. Kadang-kadang lagi stress bila makin kurang makan, badan makin lemah dan cepat lapar.


Sebenarnya… nak kurus bukan tentang makan sikit, tapi tentang makan dengan strategi.


Dan strategi itu bermula dengan satu ilmu paling asas iaitu KALORI.



Apa Itu Kalori? 




Secara ringkas, kalori = tenaga.


Semua makanan dan minuman ada kalori, kecuali air kosong.

Kalori inilah yang badan gunakan untuk:


  • jantung berdegup
  • paru-paru bernafas
  • otak berfungsi
  • bergerak, bekerja, buat kerja rumah, urus anak



Kalau badan kita ibarat kereta, kalori ialah minyak.

Bila kita isi minyak lebih banyak daripada yang kita guna, lebihan itu akan disimpan sebagai lemak badan.



Macam Mana Berat Boleh Naik? 



Naik berat sebenarnya sangat logik. 

Formula asas:


  • Kalori masuk > kalori keluar → berat naik
  • Kalori masuk = kalori keluar → berat maintain
  • Kalori masuk < kalori keluar → berat turun



Ramai rasa dah makan sikit, tapi bila kira betul-betul ,

rupa-rupanya masih tak cukup defisit kalori.


Atau… tanpa sedar ambil makanan tinggi kalori tersembunyi.



2 Jenis Keperluan Kalori Dalam Badan 


1. BMR – Basal Metabolic Rate

Kalori asas untuk organ berfungsi walaupun masa rehat.

Ia bergantung pada jantina, usia, berat, tinggi, dan otot.



2. AMR – Active Metabolic Rate

Kalori tambahan bila kita buat aktiviti harian:

berjalan, angkat barang, masak, cuci rumah, kerja ofis.


Total kalori = BMR + Aktiviti (AMR)


Setiap orang berbeza total kalori jadi cara makan pun kena ikut keperluan masing-masing.




Kalori Defisit: Kunci Utama Nak Turun Berat 




Kalori defisit bermaksud makan kurang sedikit daripada keperluan badan.


Contohnya:

Jika keperluan anda 2,000 kalori sehari, makan sekitar 1,400–1,600 kalori sudah cukup untuk turunkan berat secara sihat.


Kalau makan 2,000 kalori → berat maintain.

Kalau kurang 500–700 kalori → badan mula guna lemak simpanan.



Tapi jangan defisit terlalu rendah! 

Kalau makan hanya 300–500 kalori sehari (crash diet):




❌ otot hilang

❌ metabolisme perlahan

❌ cepat lapar

❌ badan simpan lemak, bukan bakar

❌ berat cepat naik balik (rebound)

Empty Calorie Food: Musuh Diet Kita 



Empty calorie food = tinggi kalori, rendah nutrisi.


Contohnya:


  • nugget, sausage, hotdog
  • biskut manis
  • minuman manis
  • sos & dressing seperti mayonis
  • makanan bergoreng



Walaupun makan sikit, kalori sangat tinggi.

Badan tak dapat nutrisi, dan senang sangat terlebih kalori harian.



Macam Mana Nak Elakkan Salah Makan? 



Cara paling selamat:


✔ ikut meal plan

✔ ada panduan kalori

✔ ada makanan rendah kalori tapi tinggi nutrisi

✔ makan 5 kali sehari supaya tak lapar melampau


Ini yang ramai lakukan dalam program coaching saya , dan berkesan!



Bagaimana Herbalife Bantu Turun Berat Dengan Sihat? 





Dalam program coaching Cabaran Kurus Online, kami guna pendekatan:

1. Sarapan & Makan Malam Dengan Herbalife Shake 

  • rendah kalori (sekitar 100 kalori satu hidangan)
  • tinggi protein & serat
  • buat kenyang lama
  • bantu kawal selera makan


2. Lunch Masih Boleh Makan Nasi 

Cuma portion dan jenis makanan mengikut keperluan kalori harian.



3. Snack Sihat Rendah Kalori 

100–200 kalori sahaja, bantu elak craving tanpa sabotaj diet.


Dengan plan yang seimbang ni, anda makan 5 kali sehari, tapi:


✔ kalori terkawal

✔ nutrisi cukup

✔ badan bakar lemak konsisten

✔ tak perlu berlapar

✔ lebih bertenaga sepanjang hari



Turun Berat Dengan Ilmu & Konsisten 



Turun berat bukan tentang “makan sikit sangat”.

Tapi tentang:


✨ faham kalori

✨ makan nutrisi cukup

✨ kalori defisit yang selamat

✨ elak empty calorie

✨ ikut meal plan

✨ konsisten


Bila anda faham asas ni, bukan saja berat turun,

malah badan rasa lebih sihat, cergas, dan tak mudah rebound.


Kalau anda nak mula turun berat dengan cara sihat,

tanpa berlapar dan dengan meal plan yang mudah follow…


💚 Jom start program coaching bersama saya.

Saya akan guide anda kira kalori, susun meal plan, dan ajar cara makan yang betul.



Nak tengok testimoni terkini peserta program coaching saya??


Jommmm!!!
















PROGRAM KURUS DENGAN ILMU SECARA SIHAT DENGAN HERBALIFE!

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

Jom Join Intake Terbaru!


Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @azura_coach untuk update terkini

TELEGRAM CHANNEL: COACH AZURA

WHATSAPP: SAYA NAK KURUS!





Disclaimer :*Results tak tipikal, berbeza setiap individu*
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 




Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

DIET KURUS: 9 MAKANAN YANG MEMPUNYAI GULA TERSEMBUNYI