NAK KURUS ELAKKAN MAKANAN BERGORENG!

NAK KURUS? 4 SEBAB KENAPA MAKANAN BERGORENG BAHAYA UNTUK KESIHATAN Dalam proses nak kurus , salah satu perkara yang boleh kita elak adalah dengan menukar cara masakan kita. Tipikal rakyat Malaysia memang terkenal dengan kaedah masakan menggoreng. Semua benda kalau boleh nak digoreng. Sebab tu boleh ada bayam goreng, cendawan goreng, pisang goreng, roti goreng dan banyak lagi. Kreatif sungguh rakyat Malaysia ni hehe... Kaedah menggoreng ni memang satu cara yang mudah dan pantas dalam proses kita nak sediakan makanan. Rasa makanan tersebut pun lebih sedap dan berlemak. Namun, adakah anda tahu bahawa kebaikan sesuatu makanan tersebut jatuh merudum apabila anda menggorengnya? Jom saya kongsikan kepada anda: 4 Sebab Kenapa Makanan Bergoreng Bahaya Untuk Kesihatan. #1 Kalori Makanan Meningkat Makanan yang sama jika direbus mempunyai kalori yang jauh lebih rendah berbanding digoreng. Malah nutrisi di dalamnya juga jadi berbeza. Contoh: Kalori Telur Rebus Sebiji = 94 kalori Kalori Telur G...