Tips Kurus: 6 Tips Mudah Kurangkan Gula Dalam Pemakanan Harian
Adakah anda tahu, gula adalah racun utama dalam kehidupan kita? Gula ni ada dalam setiap makanan dari kategori karbohidrat. Dan makanan tersebut tidak semestinya ada rasa manis jika ia mempunyai gula!😱 Jadi, ramai orang salah faham sebab mereka tak dapat kenal pasti makanan tersebut ada gula atau tidak hanya apabila mereka menilai dari segi rasa sahaja.
Dan, jika anda serius nak kurus, salah satu tips kurus yang anda perlu buat adalah kurangkan pengambilan gula. Jom kita belajar harini tips kurus 6 cara mudah untuk kurangkan gula dalam pemakanan kita! 🤗
Tips Pertama: Bila Dahaga, Minum Air Kosong, Bukan Air Manis
Haaaa tips kurus mudah ni mesti ramai boleh buatkan?😉 Bila rasa haus, cepat-cepat minum air kosong. Sejuk boleh, suhu biasa atau panas suam pun boleh takde masalah. Air kosong takde kalori tau. Jadi usah percaya mitos diluar sana, orang kata air sejuk bekukan lemak, air panas cairkan lemak. Mitos je tuuuu😂
Tips Kedua: Ganti Manisan Kepada Buah-Buahan
Okey jika anda teringin nak makan makanan yang manis, boleh gantikan kepada buah-buahan tau. Ada banyak buah-buahan yang manis seperti buah mangga, dan tembikai. Namun untuk turun berat badan, buah yang digalakkan adalah buah epal hijau, epal merah, jambu batu dan pisang berangan.
Tips Ketiga: Baca Fakta Nutrisi. Berhati-hati Gula Tersembunyi!
Tahukah anda gula ni ada banyak nama tau! Jadi sila berhati-hati setiap kali anda nak beli makanan atau minuman. Pastikan baca label dan lihat nama-nama lain gula seperti di atas. Bila di label tulis zero sugar tu tak bermaksud betul-betul tiada gula tau.
Dalam program Cabaran Kurus Online, ada topic khas yang akan diberikan tentang cara baca label nutrisi 🤗 Besttt tau ada banyak topic yang sangat mahal dapat kita belajar dan praktikkan dalam kehidupan seharian InshaaAllah 😊 I Loveeee Cabaran Kurus Online!!! 😍
Tips Keempat: Pilih Makanan Seimbang
Seimbang adalah kunci dalam setiap kejayaan. Termasuklah dalam soal pemakanan. Pastikan pinggan makan anda complete nutrisi seimbang, ada karbohidrat, protein, lemak baik, fiber dan keperluan vitamin dan mineral yang lain.
Tips Kelima: Elakkan Makan Kerana Emosi
Bila marah makan
Bila sedih makan
Bila bosan makan
Bila gembira makan
Bila stress pun makan
Persoalannya, masa bila je kita tak makan? 😂
Bahaya tau makan ikut emosi ni. Sebab memang susah nak kurus kalau kita amalkan makan ikut emosi kerana kita akan cenderung untuk makan pada portion yang lebih besar dan makan berlebihan dari kalori keperluan badan kita.
Tips Keenam: Ganti Air Manis Kepada Air Kosong Bersama Hirisan Buah
Tips kurus ini saya percaya ramai yang dah tahu kan?😉 Jika nak kurus dan sihat, sangat penting untuk anda minum cukup air kosong. Setiap 25kg berat badan, kita perlukan 1L air kosong. Jika berat anda 50kg, anda perlukan minimum 2L air kosong.
Namun majority kita ni tak suka minum air yang tidak berwarna dan tidak ada rasa kan? Saya pun sama 😂 Jadi, anda boleh letak hirisan buah ke dalam air kosong anda untuk memberi sedikit rasa yang sedap untuk memudahkan anda boleh minum lebih banyak air.
Jika anda dah penat berusaha macam-macam tips kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari kami yang dipanggil Cabaran Kurus Online.
SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?
Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! Wahhhhh!!!
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.
11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Wajib Makan Nasi
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidane Home Base Workout (Buat senaman dari rumah je)
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hariuntuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment