Tips Kurus: Snacking Sihat Bantu Proses Nak Kurus
Dalam proses kita nak turun berat badan, normal untuk kita rasa cepat lapar. Bila lapar, perkara pertama anda perlu check adalah pengambilan air anda. Sebab badan kita ni bijak tau. Bila kurang air pun dia bagi signal lapar juga. So kalau terasa lapar, minum air dulu ye. Jika masih lapar then baru pilih untum makan.
Namun, bukan boleh sebarang makan tau. Lagi-lagi di musim PKP ni kan. Duduk rumah, ramai kata boringnya duduk kat rumah. Bosan tak tahu nak buat apa, mulut pun laju je mengunyah. Sedar-sedar dah naik 5-10kg sepanjang PKP!
Jadi harini saya nak share Tips Kurus yang mudah iaitu 9 idea snacking sihat yang anda boleh ambil. Jom kita tengok satu per satu!🤗
Sweet potato atau keledek ungu ni sangat sedap. Ia kaya dengan serat, kalium, vitamin A dan C, kalsium dan zink. Boleh dikukus, rebus atau dibakar. Tips kurus nak makan sweet potato, jangan digoreng pulak tau jadi tak sihat nanti 😉
Anda boleh amalkan makan segenggam kacang badam untuk sekali snacking. Ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak sihat tidak tepu, serat, kalsium, magnesium dan banyak lagi. Boleh dibakar tanpa garam. Dan ia sangat bagus untuk mengawal berat badan serta menguatkan ingatan!
Tempe adalah salah satu sumber protein yang sangat baik. Ia juga mengandungi zat besi, kalsium yang sangat baik untuk kesihatan tulang dan ia bersifat antioksidan, mencegah daripada kanser. Namun cara memasaknya juga harus diambil kira ye untuk mengelakkan nutrisi di dalam tempe hilang begitu sahaja.
Pisang sangat sesuai dijadikan snacking sihat kerana ia mudah didapati di Malaysia. Ia mengandungi banyak nutrien penting untuk membantu kesihatan pencernaan, kesihatan jantung dan penurunan berat badan. Tips kurus tentang pisang adalah pisang terbaik untuk snacking adalah pisang berangan kerana kandungan glycemic indexnya rendah, penting untuk memberikan kita rasa kenyang lebih lama.
Jambu bantu sangat bagus dijadikan snacking kerana kalorinya sangat rendah. Ia memberi sumber tenaga, serat, vitamin dan mineral yang baik. Untuk mereka yang sangat suka mengunyah, pilihlah jambu batu sebagai kudap-kudapan anda!
Tauhu juga antara sumber protein yang sangat bagus untuk kesihatan. Ia boleh membantu meningkatkan pengeluaran tenaga, mencegah penyakit jantung, membantu penurunan berat badan dan mempunyai antioksidan yang tinggi.
Telur rebus juga antara idea snacking yang paling mudah kita boleh ambil. Mudah didapati dan sangat mudah untuk disediakan. Kandungan protein paling tinggi pada putih telur. Dan kalori kuning telur juga jauh lebih tinggi berbanding putih telur.
Roti wholemeal bagus untuk snacking. Boleh dimakan bersama peanut butter sihat sebagai snacking. Namun pilihlah roti wholemeal yang mempunyai Glycemic Index yang rendah supaya anda rasa kenyang lebih lama.
Dan yang terakhir adalah epal. Eat an apple a day keep the doctor away. Epal elok dimakan bersama kulit. Pastikan anda cuci bersih-bersih dulu ye 😉
Amalkan
tips kurus mudah ini, inshaaAllah boleh berjaya turun berat badan.
Jika anda dah penat berusaha macam-macam tips kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari kami yang dipanggil Cabaran Kurus Online.
SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?
Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! Wahhhhh!!!
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.
11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Wajib Makan Nasi
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidane Home Base Workout (Buat senaman dari rumah je)
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hariuntuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment