DIET HERBALIFE: 5 TIPS PERCUTIAN TANPA TAMBAH BERAT BADAN!

Diet Herbalife Waktu Bercuti Tidak Susah!

Bismillah.

Bulan lepas, saya sempat meluangkan masa bercuti di Cameron Highlands untuk meraikan ulang tahun perkahwinan pertama saya dengan suami tercinta. Bila balik dari 'honeymoon' tu, ada seorang kawan tanya pada saya, "Masa kat sana, ko makan macam-macam tak? Coklat? Cendawan goreng? Kan makanan sedap-sedap kat sana terutama kat Pasar Malam Brinchang tu!" Jawapan saya mestilah! 


Waktu bercuti, part makan sedap-sedap lah yang saya paling suka selain daripada berjalan menikmati keindahan ciptaan Allah. Tapi dalam masa yang sama, diet herbalife saya tetap jaga dan ikut peraturannya. Yelah, bukan senang nak turunkan 2-3kg yang kita dah turunkan sebelum pergi bercuti kan! Anda boleh dapatkan tips diet herbalife semasa berjalan menikmati percutian anda seperti di bawah. Bercuti, seronok dan masih boleh tersenyum sewaktu anda timbang berat anda ketika pulang bercuti nanti!

Tips diet herbalife #1 Pastikan anda kekal aktif sepanjang percutian! Pilih untuk banyak melakukan aktiviti sepanjang anda bercuti. Sewaktu di Cameron, saya lebih suka keluar berjalan-jalan selepas sarapan pagi dan hanya akan balik ke bilik hotel selepas makan malam. Macam-macam aktiviti yang saya buat sepanjang hari sampai 3 hari 2 malam pun tak cukup rasanya! Bila banyak aktiviti kita buat, banyak jugalah kalori yang akan dibakar.

Tips diet herbalife #2 Jangan skip makan! Bila berjalan-jalan, kadang-kadang kita tak sedar kita hampir terlepas waktu makan utama kita. Jangan sesekali skip makan kerana skip makan akan menyebabkan metabolisme kita menjadi rendah. Akibatnya, tubuh badan kita tak ada tenaga untuk membakar lemak sedia ada dalam badan. Peluang untuk kesemua makanan yang kita ambil pada waktu makan seterusnya ditukar terus menjadi lemak sangat tinggi jika kita skip makan.

Tips diet herbalife #3 Sentiasa bawa herbalife shake, shaker cup dan air kosong. Jika saya lapar sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari bercuti, saya akan bancuh herbalife shake sebagai snek yang sihat dan rendah kalori. Cepat dan mudah je nak sediakan. Dalam kereta pun boleh buat. Tak perlu berhenti di RnR. (Pastikan bukan anda yang memandu kereta!) ;)


Tips diet herbalife #4 Bawa bekalan air kosong atau tea mix atau NRG tea secukupnya. Setiap pagi, sebelum keluar daripada bilik hotel, saya akan bancuh siap-siap dalam botol air 1L tea mix + aloe vera + NW Formula. Memang best dan rasa bertenaga sepanjang hari. Rasa aloe vera + NW Formula ni ala-ala air 100 plus bila dicampurkan. Bonusnya tiada gas. Air kosong pulak saya sediakan dalam botol air 2L.

Tips diet herbalife #5 Ambil shake herbalife sekurang-kurangnya sekali sehari. Menu untuk kekalkan berat badan, pastikan ambil sekurang-kurangnya satu kali herbalife shake sehari. Sebelum keluar berjalan-jalan, saya akan bancuh herbalife shake sebagai sarapan sihat saya. Pernah saya cuba skip herbalife shake seharian waktu bercuti dulu. Akibatnya, saya rasa lebih cepat lapar, cepat letih dan perut berangin seperti gastrik. Memang menyesal!

Percutian adalah masa untuk seronok, masa bersama keluarga, kawan-kawan dan makanan sedap! Jika anda ambil sedikit usaha untuk ikut tips diet herbalife ini (walaupun bukan semua), in shaa Allah anda akan menambah banyak kenangan manis percutian, bukan menambah berat badan!

Nak mulakan diet herbalife anda hari ini? Hubungi saya sekarang di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887. Saya akan membantu anda sepenuhnya!

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubti atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA