TIPS KURUS 10: 6 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU MINUM BANYAK AIR

Tips Kurus 10: Minum Banyak Air Setiap Hari

Bismillah

Teringat kejadian di Airport Gate Dubai, sewaktu perjalanan pulang saya ke Kuala Lumpur dahulu. Saya diarahkan untuk buang air mineral yang saya baru beli sebelum check-in. Sedihnya! Dalam hati menangis...Security tu memang tak faham saya perlukan sekurang-kurangnya 2L air kosong untuk perjalanan selama 7 jam tersebut!

Saya memang suka minum air kosong sejak dulu lagi. Saya rasa lebih selesa, lebih cergas dan sihat bila saya minum air banyak. Saya selalu nasihatkan coachee saya yang mengamalkan diet dengan Herbalife supaya mengamalkan sekurang-kurangnya 2L air kosong dan tea mix.

Air memang sangat-sangat bermanfaat sebagai salah satu tips kurus dan sihat anda. Senang dan mudah nak dapat sampaikan ada yang terlupa kepentingan air ni dalam kehidupan seharian! Tahukan anda 70% organ badan kita memerlukan air untuk memastikan badan kita berfungsi pada tahap optimum? 


Berapa banyak air yang diperlukan untuk seseorang berbeza-beza. Bergantung kepada berapa berat terkini anda. Ada yang berpendapat 8 gelas sehari..Ada juga yang berpendapat tips kurus perlu pastikan minum air mengikut berat terkini anda X 0.07 = jumlah air yang perlu diminum (Liter) sehari. Berapa pun jumlahnya, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2L air sehari.

Tips Kurus: 6 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Minum Banyak Air? Mari mencegah daripada mengubati!


 1- Membantu mengurangkan berat badan

Setiap kali saya terasa lapar, saya suka minum air kosong atau pun tea mix. Ia membantu saya mengurangkan pengambilan makanan (saya akan minum air sebelum makan atau bila-bila saya terasa lapar), mengurangkan rasa lapar (cara mudah untuk saya kawal selera makan), membantu meningkatkan metabolisme badan saya dan bonusnya tiada kalori!

 2- Meningkatkan Tenaga dan Melegakan Keletihan

Disebabkan 70% organ badan kita memerlukan air, saya selalu minum banyak air kosong dan tea mix untuk membantu sel-sel badan saya berfungsi dengan baik, cergas dan lebih bertenaga. Bonusnya, mata saya takkan mudah mengantuk dan badan saya tidak akan mudah letih.


3- Meningkatkan Kesihatan Kulit


Perubahan positif yang saya alami selepas mengamalkan air kosong dan tea mix lebih dari 2L sehari ialah kulit saya jadi lebih sihat dan cantik. Sebelum ni, jerawat batu yang besar-besar tu selalu singgah kat muka. Alhamdulillah, sekarang jarang-jarang je dia menjengah kulit muka saya!

4- Membantu membuang toksin

Saya lebih kerap berpeluh dan buang air kecil. Saya tiada masalah kerana saya tahu badan saya dapat mengeluarkan toksin yang banyak dalam badan saya melalui peluh dan air kecil. Jadi saya lebih sihat dan cergas, alhamdulillah!

5- Ubat Sakit Kepala Semulajadi
Saya selalu sakit kepala dan kadang-kadang ada masalah migrain yang ringan. Bila saya minum banyak air kosong dan tea mix, alhamdulillah, inilah cara terbaik yang paling mudah untuk saya mengurangkan sakit kepala saya. Rasanya sudah bertahun-tahun saya tidak telan panadol..

6- Menjimatkan Duit!

Air ni percuma je! Senang nak dapat kat mana-mana. Malah jika anda beli air mineral pun harganya jauh lebih murah berbanding minuman manis yang lain.


Jom Minum Air Banyak-Banyak Setiap Hari!

Anda masih tidak faham kenapa minum banyak air boleh menjadi tips kurus? Berhubunglah dengan saya di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887 dan ajukan soalan anda sekarang!

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubti atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

  1. info menarik dan berguna

    ReplyDelete
  2. kenapa minum banyak air boleh menjadi tips kurus?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA