Herbalife Extravaganza

Bismillah.

Ok, aku rasa sekarang adalah waktu yang sesuai untuk aku ceritakan pengalaman pertama aku di event terbesar Herbalife untuk negara-negara Asia Pasifik, iaitu Herbalife Extravaganza 2012 di Singapore. Event ni adalah event terbesar yang aku pernah attend sebab kat event ni, ada lebih dari 25,000 orang pengedar Herbalife! *erk, okeh ramai gile! Boleh bayangkan tak suasana dalam hall tu dengan sorakan 25,000 orang manusia dari pelbagai negara, pelbagai bangsa dan agama?* Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.

View paling dekat dengan stage. Ni view from my seat, last day event. *Jauhnye dari stage!!mencik!T_T*
Bangga bila bendera Malaysia paling banyak berkibar dalam hall!
With beloved sifu, Stella and beloved new team-mate, Leyha
Nasib baik datang awal sehari, so queue tak berapa pack sangat. *Macam ni kau kate tak pack???*

Gambar hiasan ;)

Ok, enough tengok gambar. Ramai kan?? Paling best dan bangga, bila diorang announced pengedar Herbalife yang paling ramai datang ke Herbalife Extravaganza tu ialah dari Malaysia!! Alhamdulillah, semakin ramai rakyat Malaysia kenal Herbalife, sedar tentang kebaikan Herbalife, dan berminat untuk beri peluang pada diri mereka sendiri untuk attend event terbesar ni. Thank you Allah sebab bukakan hati aku untuk datang ke sini, timba ilmu dari jauh, berkorban segala macam segi untuk sampai ke sini.

Macam-macam aku korbankan untuk event ni. Duit dah tentu 1 hal, masa, tenaga, plan honeymoon lepas kenduri kahwin bulan 3 haritu terpaksa cancelled (sebab nak save duit utk pergi Singapore), cut cuti kahwin (aku kena singkatkan cuti kahwin aku utk majlis belah husband 2/6 sebab dah ambil cuti untuk Herbalife Extravaganza ni) dan macam-macam lagi lah! Tapi alhamdulillah, semua pengorbanan ni berbaloi-baloi! Duit boleh cari, pengalaman berharga macam emas ni siapa nak bagi free kan? Betul tak? Even lagiii best memori honeymoon aku kat Singapore ni sebab aku boleh je gi jalan-jalan lepas habis event kat sana. Siap ada pakej dapat photographer tak official lagi! Hehehe..*Thanks Stella and Leyha!*

Honeymoon pakai baju company, korang berani buat tak? ;P


Our 1st honeymoon with Herbalife. More to come ;)

Eh, ni semua pengalaman sampingan je dari event ni. Tersasar plak. Ok, actually, ada banyakkkkkk lagi pengalaman best lain yang aku dapat dari Herbalife Extravaganza ni. Kat event ni aku dapat pengajaran:

  • Herbalife selamat untuk digunakan oleh pelbagai peringkat umur, bangsa, agama dan budaya. Kat event ni aku boleh jumpa ramai orang dari negara berbeza-beza, ada dari India, Taiwan, Indonesia, Singapura, New Zealand, dan Thailand. Masing-masing berbeza budaya, adat dan agama. Tapi, kami semua mempunyai 1 misi yang sama ketika hadir ke Herbalife Extravaganza, iaitu untuk menimba ilmu yang lebih banyak tentang Herbalife, untuk disampaikan kepada semua di dunia ini tentang kebaikan Herbalife. Herbalife adalah makanan untuk semua, tapi sayangnya, tak semua orang mahu menggunakan Herbalife. (Ya Allah, bukakan lah hati mereka yang belum mencuba Herbalife, utk mengetahui sendiri kebaikan produk ini utk kesihatan mereka, amin!)

  • Apa pun kekurangan fizikal yang kita ada, bukan penghalang untuk kita  kalau kita bagi peluang pada diri kita untuk berjaya! Kat event ni, aku jumpa sorang kakak ni dari Malaysia, tak de kedua belah tangan dan kaki, tapi, masih mampu menjejakkan kaki ke event ni, tanpa sebarang ALASAN! Aku tak sempat nak borak and ambik gambar dengan akak ni, sebab ramai sangat orang berebut-rebut nak ambik gamabr dengan dia. Kalau ada peluang next event jumpa dia, aku nak sangat tanya macam mana dia boleh sampai ke tahap sekarang dengan Herbalife, walaupun dengan kekurangan fizikal. Ya Allah kagumnya! T_T
 

  • Ada jugak 2 orang yang cacat penglihatan yang aku nampak masa berpusu-pusu turun MRT nak ke venue event, ni pun kagum jugak. Kenapa kuat sangat hati diorang untuk sampai ke sini, apa yang mendorong diorang untuk sampai ke Herbalife Extravaganza ni. Masa tu rasa macam kerdil sangat diri aku, sempurna sifat yang Allah anugerahkan, tapi banyak sangat alasan yang aku bagi bila nak buat Herbalife sepenuh hati. Malunya!!! *sorok muka dalam beg Herbalife jap!* Aku yakin, misi diorang satu, sama macam aku, nak cari yang terbaik untuk mengubah kehidupan sekarang kepada tahap yang lebih baik. Insha Allah!
  • Macam-macam cara untuk bancuh shake yang aku nampak sepanjang event. Bancuh dalam shaker cup tu biasa la kan. Yang luar biasa tu ada yang bancuh dalam plastik, botol mineral, shake2, minum..*erk, kreatifnye!* No harm, macam mana cara sekali pun, kat mana-mana pun boleh bancuh shake. Kat dalam hall, kat luar hall, kat tepi tangga, waktu tunggu MRT, waktu tunggu teksi, pendek kata bila-bila masa pun lah sesuai utk anda menikmati Herbalife shake yang berkhasiat ni. No problem! Tipu sangat kalau korang cakap tak de masa nak buat shake bila travel, bila berjalan sini sana, ada kelas ke, tengah kerja ke..tu semua ALASAN! Aku boleh je bancuh shake dalam kereta masa on the way balik kampung, seminit je siap. Tak payah nak berhenti kat RnR pun. Jimat masa dan duit! :)
  • Sesiapa pun boleh berjaya dalam Herbalife kalau kita berusaha. Herbalife bukan skim cepat kaya, invest puluh ribu ringgit, lepas tu duduk diam saja-saja dan duit masuk. No, it's not! Apa yang aku nampak dan aku suka dengan Herbalife ialah Herbalife sangat adil, takde isu-isu politik, dengki-dengki antara satu sama lain dan takde konsep yang kat atas akan tindas yang dibawah. Sebaliknya, Herbalife menyediakan peluang kejayaan yang adil dan saksama untuk semua orang, semua lapisan usia, semua latar belakang, tak kira anda ada pangkat atau tak, anda ada degree atau tak, anda ada berpuluh tahun pengalaman bekerja atau tak. Buktinya, aku lihat sendiri testimoni seorang pengedar Herbalife yang berasal dari India. Beliau asalnya hanya seorang office boy, takde latar belakang pendidikan yang tinggi dan seorang yang berasal dari keluarga susah. Tapi, selepas memilih Herbalife sebagai kerjaya, beliau berusaha gigih dan bekerja kuat, akhirnya beliau mampu mengubah nasib keluarga beliau kepada kehidupan yang lebih selesa dan bahagia. 

Ada banyak lagi sebenarnya pengalaman yang aku dah dapat dari Herbalife Extravaganza 2012 ni. Tapi tak terluah kat blog ni semuanya. Insha Allah, kalau korang berminat nak rasa sendiri pengalaman ni, korang boleh join aku untuk next year Herbalife Extravaganza ye. Insha Allah, takkan menyesal dan mesti berbaloi-baloi! :) 

Harapan aku, moga Herbalife Extravaganza ni menjadi titik permulaan aku untuk lakukan perubahan positif dalam kehidupan aku. Kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tak berusaha. Setiap kejayaan pun tak datang tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih. Moga-moga Allah tetapkan hati aku untuk terus berusaha gigih dan terus kuat untuk membantu lebih ramai orang diluar sana tentang kebaikan Herbalife.

Kalau anda berminat untuk mengetahui tentang Herbalife dan nak ubah kehidupan anda dengan Herbalife, boleh hubungi saya di azurafirdaus.hn@gmail.com atau whatsapp saya di +6016-253 6887. Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.


*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KURUS SELEPAS BERSALIN DENGAN HERBALIFE

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA