2012 Herbalife Spectacular

Bismillah


Ok, excited sangat nak share pengalaman baru aku 1st time pergi big event Herbalife! Minggu lepas, aku pergi Herbalife Spectacular 2012-Malaysia & Singapore, dari 17 - 19 Februari 2012, kat MIECC, dekat je ngan Mines. Event ni antara event terbesar dalam Herbalife. Kenapa besar? Sebab aritu je ada 6,000 orang yang datang sama2 timba ilmu dan pengalaman baru macam aku.Tengoklah gambar2 ni..semua excited sangat sepanjang event ni! :)

Spectacular 2012

Man with 1 million USD income! Famous mengalahkan artis :p

6,000 people excited tunggu crazy promotions!

1 Team, 1 Dream!

Power lunch!
Memang banyak sangat pengalaman baru yang aku dapat masa event ni. Mula2 nak beli tiket early birds dulu, duk fikir2 jugak, " betul ke ni nak pergi, berbaloi ke harga tiket ni nanti.." Alhamdulillah, thanks Allah, nekadkan hati aku beli tiket dari tahun lepas lagi utk join event ni. Memang tak menyesal walaupun mase OTW nak pergi MIECC ni pun still ada ragu2 lagi! Alhamdulillah!

Kat event ni aku tengok semua yang datang memang full of energy. Tak kira umur, bangsa, jantina, semua memang semangat gile lah! Even, ada yang cacat penglihatan pun aku ada jumpa jugak. Kagum sangat! Mula2, tak faham jugak, nape lah pakcik makcik yang dah berumur ni pun sibuk2 nak datang event macam ni. Kena bersesak, beratur panjang, nak masuk toilet pun asik kena queue je, macam2 lah dugaan lagi! Tapi, orang kata, 

"Saiz kejayaan adalah saiz cabaran"

So, makin besar cabaran kita hadapi, percayalah, insha Allah makin besar  kejayaan yang Allah akan beri pada kita :)

Pelbagai lapisan umur dan bangsa yang datang buat aku buka mata, ramai sebenarnya pengguna dan pengedar Herbalife kat Malaysia ni. So, memang terbukti Herbalife ni memang produk nutrisi yang sangat2 bagus untuk kawal berat badan dan kesihatan semua orang, tak kira tua, muda, kanak-kanak, student, kaya, miskin dan sebagainya. Alasan yang bermacam2 takkan bawa kita kemana-mana. Orang yang selalu beri alasan adalah orang yang langsung tak mahu beri peluang pada kebolehan diri sendiri.

Cerita2 kejayaan yang dikongsi oleh semua speaker betul2 buat  aku  terfikir. Macam2 kisah kejayaan yang mereka telah capai. Pengajaran yang paling penting yang aku dapat melalui kisah2 mereka ialah percaya pada kebolehan diri sendiri. Dalam perniagaan Herbalife, tak kira lah setinggi mana tahap pendidikan kita, sebijak mana pun kita, kita tetap ada peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan. Tak semestinya yang ada ijazah/master akan berjaya berbanding yang hanya ada SPM je. Tak perlu politik, ampu bos sana sini untuk capai tahap tertinggi dalam Herbalife. Strategi yang digunakan sangat telus dan adil. Semua orang boleh berjaya, dengan syarat kita mesti berusaha, berusaha dan terus berusaha!

Banyak sangat nak cerita sampai tak terluah. Speechless pun ada lepas event tu.  Mungkin akan ada yang tak dapat bayangkan macam mana perasaan aku ni. Takpe, kalau korang nak tau, korang boleh sama2 join aku pergi event next time , rasa sendiri baru korang akan setuju dengan semua yang aku dah cerita kat atas tadi. Aku siap sacrifice birthday aku utk pergi event ni. Takde masalah pun, still boleh celebrate lepas habis event tu. Siap dapat dua kek lagi birthday tahun ni! ;) And aku rasa, ni lah hadiah birthday yang terbaik sepanjang usia 27 tahun aku! :) Thanks Allah lanjutkan usia aku untuk sempat rasa peluang sebaik ini!
Apa yang sangat pasti, semangat berkobar2 nak tolong lebih ramai orang kat luar sana untuk faham kenapa kita perlukan Herbalife sebagai 'makanan terbaik' untuk kesihatan kita. So, jika sesiapa berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk Herbalife dan peluang perniagaan dengan Herbalife, boleh hubungi saya.

Sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya. Untuk dapatkan perubahan dalam hidup, kita sendiri perlu berubah dulu. Dan kita perlu ingat, untuk berjaya, mesti ada harga yang perlu kita bayar. Anggaplah setiap dugaan dan ujian yang mendatang, adalah harga terbaik yang anda akan bayar untuk tiba di tangga kejayaan anda! Moga Allah berkati setiap niat dan usaha murni kita di masa akan datang, insha Allah.

P/S: Bersedia untuk berubah? Hubungi saya :)

Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!