RAHSIA KEKAL CERGAS BERTENAGA KETIKA PUASA? Buat 5 Tips Ini!
.jpg)
5 Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Puasa Bila sebut puasa, ramai orang duk fikir setakat tahan lapar dan dahaga. Salah tu. Puasa ada lebih manfaat daripada itu. Dengan berpuasa cara yang betul dan sihat, mampu membakar lemak jadi tenaga. Bila berpuasa, kita boleh rehatkan organ pencernaan, rehatkan sistem penghadaman kita. Setelah 11 bulan bekerja keras. Duk makan non-stop. Sampai usus jadi tak sihat. Sistem imun badan merosot. Lagi stress berat badan pun bertambah! Sebenarnya dengan berpuasa, mampu memulihkan kembali kesihatan usus kita. Namun penting sangat-sangat, bila berpuasa, pastikan anda buat 5 tips ini! Supaya badan kekal cergas bertenaga. Kesihatan bertambah baik. 5 Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Puasa 1. Jangan Skip Sahur Sahur penting untuk beri sumber tenaga berpanjangan. Ambil sahur sihat yang ada nutrisi penting seperti karbohidrat kompleks, protein, lemak baik dan serat. 2. Ambil Makanan Sihat & Seimbang Makan berpada-pada. Jangan ikut nafsu. Terutam...