NAK KURUS? JOM IKUT 7 TIPS KURUS SAMPAI BILA-BILA
Nak Kurus? Jom Kurus & Lock Berat Badan Ideal Forever!
Ramai orang ada mindset yang salah bila nak kurus. Nak kurus sebab short term goal. Contoh, nak kurus sebab nak kahwin. Lepas dah kahwin, ape jadi? Naik berat badan pun dah tak kisah sebab memang mindset awal nak kurus sebelum kahwin je.
Ubah mindset ni penting sangat sebelum nak kurus. Fokus nak kurus sebab nak ubah tabiat pemakanan, nak sihat sampai bila-bila. Bukan sekejap je.
Entry kali ni Coach Azura nak share 7 tips mudah yang kita boleh amalkan sama-sama supaya boleh turun berat badan dan maintain berat ideal sampai bila-bila.
Saya dah turun total 22kg kurus selepas bersalin. Boleh baca kisah saya di sini.
7 Tips Kurus Sampai Bila-Bila
✅Elak terus makanan manis/minuman manis ni. Rugi kalori dan badan cepat naik kalau suka makan/minum manis. Kalau sesekali teringin, kongsi dengan pasangan k🤗 Jimat kalori.
✅Say NO to jajan/cikedis/kerepek. Semua ni ada lemak trans. Bahaya tau lemak ni. Boleh duduk dalam salur darah dan berisiko terkena serangan strok dan masalah jantung.
✅Minum air kosong 3Liter wajib sehari! Kena bff selalu dengan botol air. Bawak pergi mana-mana. Baru lah tak terlupa nak minum air kosong mencukupi.
✅Makan makanan yang real. Contoh nak makan ikan, makan real ikan. Jangan makan fish cake/ fish ball. Nak makan ketam, makan real ketam. Jangan makan crab stick. Protein scam je gitu.
✅Elakkan tabiat cuit-cuit makanan. Nanti sedar tak sedar eh dah lebih 500 kalori dari mencuit-cuit je🫣
✅Elakkan makan sambil bersulam air. Air ni terbaik minum sebelum makan dan 30 minit selepas dah habis makan.
✅Keep active. Buat senaman yang anda suka. Jadikan rutin bersenam atleast 3 kali dalam seminggu.
Join telegram Coach Azura untuk dapatkan lebih banyak tips kurus dan pemakanan yang sihat.
Anda dah cuba macam-macam tips kurus namun masih gagal nak kurus? Jom join program coaching kurus 21 hari kami yang simple, sihat dan stress free!
Antara testimoni terkini peserta program ini:
PROGRAM KURUS SAMBIL MAKAN NASI
•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!
Disclaimer:
Comments
Post a Comment