NAK KURUS: 6 CARA TINGKATKAN METABOLISMA BADAN
Nak Kurus: Metabolisma Badan Boleh Turun Naik
Bila nak kurus, wajib untuk faham tentang metabolisma. Ia ibarat enjin dalaman badan yang akan melakukan pembakaran kalori. Pembakaran kalori ni boleh turun naik bergantung kepada beberapa faktor seperti gaya hidup dan tabiat pemakanan kita.
Bila metabolisma badan anda tinggi, badan anda akan melakukan pembakaran kalori lebih banyak. Dan secara tidak langsung boleh bantu anda nak kurus dengan lebih cepat.
Harini Coach Azura nak share 6 cara yang boleh anda lakukan untuk tingkatkan metabolisma badan.
6 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan
1) Minum Air Kosong Secukupnya
Nak kurus tak perlu minum air sampai 6 hingga 10 liter tau! Minum 2-3 liter air sehari pun dah boleh membantu meningkatkan metabolisme badan. Yang penting air kosong ye, bukan air manis. Nak kurus kenalah belajar tinggalkan air manis ye.
2) Makan Kerap Dengan Kuantiti Kecil
Makan kerap 5-6kali sehari akan membuatkan perut anda sentiasa terisi. Ini membolehkan metabolisma badan anda sentiasa melakukan pembakaran kalori pada tahap yang optimum.
3) Cukupkan Pengambilan Protein Dalam Setiap Hidangan
Protein yang cukup membantu pembinaan jisim otot dalam badan. Mereka yang mempunyai jisim otot yang lebih tinggi kebiasaannya akan mempunyai metabolisme badan yang lebih tinggi. Protein juga membantu anda kenyang lebih lama dan anda akan kurus tanpa gelebeh.
4) Banyakkan Pergerakan & Berjalan
Adakah anda tahu, apabila anda duduk melebihi 40 minit, metabolisma badan anda akan menjadi rendah! Jadi pastikan anda selalu bergerak aktif dan elakkan duduk dalam tempoh masa yang lama jika nak kurus.
5) Makan On-Time
Jangan biarkan perut berlapar. Ketika perut anda lapar, metabolisma badan anda akan menurun. Makan tepat pada masanya akan membantu pembakaran kalori berlaku secara konsisten. Makan on time ye, bukan makan all the time tau!
6) Rehat & Tidur Yang Cukup
Badan anda akan melalui proses baik pulih ketika anda tidur. Waktu rehat dan tidur yang cukup dan berkualiti akan membantu proses ini berjalan lancar. Tak cukup tidur dan rehat akan menyebabkan hormon stress meningkat dan ini tidak akan membantu anda nak kurus!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam Program Coaching Kurus 21 Hari kami, semua peserta yang betul-betul follow 6 tips ini sudah pun berjaya mendapat hasil yang luar biasa. Jom kita lihat perkongsian terkini peserta program coaching bulan February lepas!
Jika anda dah penat berusaha macam-macam cara nak kurus namun masih belum berjaya, saya ingin menjemput anda untuk menyertai Program Percubaan 21 Hari kami yang dipanggil Cabaran Kurus Online.
SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?
Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! Wahhhhh!!!
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.
11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Wajib Makan Nasi
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidane Home Base Workout (Buat senaman dari rumah je)
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hariuntuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Sertai Program
Cabaran Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment