TIPS SIHAT DAN CANTIK: 6 TIPS MUDAH UNTUK ANDA!

Tips Sihat Dan Cantik: 6 Tips Awet Muda

Bismillah

Saya pasti semua orang suka untuk nampak muda dari usia sebenar. Tapi, mesti tak semua orang tahu macam mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi bila ramai di antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga mengakibatkan stress. Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses penurunan berat badan dan kehidupan yang sihat. 

Saya pernah berjumpa dengan ramai orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya, rata-rata mengamalkan tips sihat dan cantik berikut untuk awet muda:

Tips Sihat Dan Cantik 1: Amalkan Pemakanan Seimbang

Haaa...ini yang paling penting sekali. Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


Tips Sihat Dan Cantik 2: Tidur

Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.

Tips Sihat Dan Cantik 3: Bersenam

Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Buat je apa-apa aktiviti senaman yang anda suka 3-4 hari seminggu dan senaman tidak semestinya dilakukan di gym atau di luar rumah. 

Tips Sihat Dan Cantik 4: Minum Air

Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L  air kosong setiap hari.


Tips Sihat Dan Cantik 5: Buah-buahan dan Sayur-Sayuran

Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan anda. Makan buah sebelum makan akan menyebabkan kita cepat kenyang dan dapat mengawal jumlah pengambilan makanan utama.

Tips Sihat Dan Cantik 6: Fikir positif


Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Perkara yang positif akan banyak berlaku kepada anda yang selalu berfikiran positif.


Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.In shaa Allah sedikit sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan cantik. 



Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.

*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!