PUASA DENGAN HERBALIFE: JOM AUDIT DIRI!
Puasa Dengan Herbalife: Hindari 5 Kesalahan Paling Top Ketika Berpuasa
Bismillah
Bismillah
Hari ini sudah masuk hari kedua umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Macam mana hari puasa anda semalam? Berjaya tak anda menyempurnakan hari pertama puasa dengan cemerlang? Alhamdulillah, tahun ini tahun ketiga saya puasa dengan Herbalife. Memang sangat mudah untuk sahur dan berbuka apabila puasa dengan herbalife.
Bagi saya, puasa dengan herbalife dapat membantu saya mengelak daripada melakukan 5 kesalahan top yang selalu dilakukan oleh ramai orang di bulan puasa. Jom sama-sama audit/semak diri kita dan mohon agar kita sama-sama dijauhkan dari melakukan kesilapan yang sama.
1) Tak Bangun Sahur
Ramai yang ambil mudah tentang sahur. Sedangkan sahur ni salah satu sunnah. Senang-senang Allah bagi kita pahala, takkan kita tak nak rebut pahala ni, betul tak? Bangunlah..kejap je..tak lama..Apa yang saya selalu amalkan bila puasa dengan herbalife, saya akan bersahur dengan kurma, aloe, tea dan herbalife shake. Sangatlah mudah nak sediakan, tak ambil masa yang lama, tak perlu memasak bagai dan bonusnya Alhamdulillah saya lebih bertenaga ketika puasa di siang hari!
2) Sahur Terlalu Awal
Ramai jugak dikalangan kita ni terutama yang bujang-bujang, suka makan makanan berat sebelum tidur. Kadang-kadang, lepas terawih tu ramai yang suka melepak borak-borak di kedai makan, makan macam-macam dan baliknya terus tidur. Lepas tu, dah masuk azan Subuh baru bangun semula untuk solat. Itu bukan sahur namanya, tapi supper! Tabiat ni mesti dielakkan sebab bukan sahaja tak dapat pahala bersahur, malah tak baik untuk kesihatan kita dan bahaya untuk berat badan kita jugak kalau terus tidur lepas makan makanan yang berat.
3) Terlebih Tidur
Kalau makan tak jaga, akan beri kesan tak bagus pada badan. Kita akan mudah letih, penat dan kesudahannya banyak habiskan masa dengan tidur je waktu siang. Tidur ni boleh jadi satu ibadah. Tapi kalau dah terlebih-lebih tidurnya bukan ibadah dah tu namanya, tapi mengundang padah! Rugi kalau hanya tidur je waktu siang. Nanti badan jadi lebih letih je. Sebab tu saya suka puasa dengan Herbalife. Sebab saya ada tea mix dan NRG tea yang membantu saya mengekalkan kecergasan dan kekal aktif walaupun berpuasa.
4) Berbuka Secara Buffet Sampai Jadi Buncit!
Masa bulan puasa ni memang banyak promosi yang di buat oleh kedai-kedai makan. Buffet Ramadan sana sini. Kita kenalah bijak kawal nafsu. Janganlah sebab tak nak membazir dah bayar mahal untuk buffet tersebut, anda ambil peluang untuk makan sepuas-puasnya pulak waktu berbuka. Dah terlalu kenyang nanti jadi malas pulak nak solat terawih. Kan ke dah rugi..Terawih ni sebulan je dalam setahun. Makan tiap-tiap hari boleh sepanjang tahun!
5) Membeli-belah Di Bazar Sampai Membazir
Siapa tak rambang mata bila pergi bazar waktu perut tengah lapar? Tapi, janganlah ikut nafsu..Kena kawal nafsu kita. Nanti beli macam-macam kesudahannya waktu berbuka tak larat nak habiskan. Kan dah membazir...Sebab tu saya suka puasa dengan herbalife. Saya hanya berbuka dengan kurma, aloe, tea, dan herbalife shake je. Tak perlu bersesak ke bazar dan badan pun kekal cergas untuk tunaikan solat terawih!
Jangan lakukan kesalahan-kesalahan di atas. Buat pilihan yang tepat dan bijak! Kawal nafsu anda supaya anda dapat mengoptimumkan pahala di bulan puasa!
Jom dapatkan produk herbalife sekarang supaya anda boleh mula puasa dengan herbalife seperti saya!
Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.
*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit.
Jemput FOLLOW INSTAGRAM COACH AZURA untuk free tips kurus & sihat.
*Penafian: Keputusan tidak tipikal. Berbeza setiap individu.
*Produk-Produk Nutrisi Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah apa-apa penyakit.
Comments
Post a Comment