BRIM: DAPAT BRIM BOLEH KURUS!
BRIM: 4 TIPS TURUN BERAT BADAN DENGAN BRIM Hai Assalamualaikum! Ape khabar semua pembaca blog saya? Semoaga anda berada dalam keadaan yang sihat inshaaAllah 😊 Harini saya nak share tentang BRIM yang sangat amazing boleh bantu kita untuk turun berat badan! Jom kita baca satu per satu! 😉 4 TIPS TURUN BERAT BADAN DENGAN BRIM B - Banyakkan Pengambilan Lemak Baik Sebut lemak je ramai yang takut sebab kita tahu lemak yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya. Namun adakah anda tahu, dalam diet seharian yang seimbang, badan kita memerlukan 30% lemak baik sebagai salah satu nutrien yang diperlukan oleh badan. Lemak baik boleh membunuh lemak jahat yang berlebihan di dalam badan kita. Antara contoh makanan yang mengandungi lemak baik yang boleh anda amalkan adalah minyak zaitun, avokado, kekacang dan juga ikan. R - Rendahkan Pengambilan Makanan 3G (Garam, Gula & Goreng) Makanan yang tinggi garam, gula dan goreng mengandungi kalori yang sangat tinggi.