NAK KURUS: WAJIB ELAK MAKANAN BERGORENG

NAK KURUS? 4 SEBAB KENAPA MAKANAN BERGORENG BAHAYA UNTUK KESIHATAN ANDA


Dalam proses nak kurus, salah satu perkara yang boleh kita elak adalah dengan menukar cara masakan kita. Tipikal rakyat Malaysia memang terkenal dengan kaedah masakan menggoreng. Semua benda kalau boleh nak digoreng. Sebab tu boleh ada bayam goreng, cendawan goreng, pisang goreng, roti goreng dan banyak lagi. Kreatif sungguh rakyat Malaysia ni hehe...😥

Kaedah menggoreng ni memang satu cara yang mudah dan pantas dalam proses kita nak sediakan makanan. Rasa makanan tersebut pun lebih sedap dan berlemak. 

Namun, adakah anda tahu bahawa kualiti sesuatu makanan tersebut jatuh merudum apabila anda menggorengnya? Jom saya kongsikan kepada anda:


4 Sebab Kenapa Makanan Bergoreng Bahaya Untuk Kesihatan.


#1 Kalori Makanan Meningkat

Makanan yang sama jika direbus mempunyai kalori yang jauh lebih rendah berbanding digoreng. Malah nutrisi di dalamnya juga jadi berbeza.

Contoh:

Kalori Telur Rebus Sebiji = 94 kalori

Kalori Telur Goreng Sebiji = 140 kalori

Banyakkan beza? Dengan kaedah menggoreng, air dalam makanan tersebut akan hilang dan proses hydrogenation berlaku dengan penyerapan minyak yang banyak dalam makanan tersebut.


#2 Kandungan Lemak Dalam Makanan Berubah  Dan Bertambah


Kandungan lemak dalam makanan  akan berubah mengikut kaedah masakan. Proses hydrogenation tadi akan menjadikan LEMAK BAIK dalam makanan tersebut ditukar menjadi LEMAK TEPU (Lemak Trans) Lemak tepu ni memang merbahaya untuk kesihatan badan kita. Jika anda nak kurus, sememangnya kaedah menggoreng ini kurang sesuai untuk anda kerana ia hanya akan melambatkan proses turun lemak anda.


#3 Risiko Penyakit Diabetes, Jantung dan Obesiti Meningkat 2-3 Kali Ganda



Lemak tepu yang tinggi dan terkumpul dalam badan akan menyebabkan salur darah tersumbat. Maka risiko untuk mereka yang gemar makan makanan bergoreng sebagai gaya hidup akan mempunyai risiko untuk mendapat semua tiga penyakit di atas. 


#4 Terbentuk Acrylamide Dalam Makanan

Acrylamide adalah sejenis toksik  kimia yang terhasil akibat reaction bahan gula, minyak dan suhu yang tinggi terhadap makanan yang anda makan. Toksik ini jika dilihat secara fizikal menjadikan makanan berwarna hitam dibahagian permukaan atau nama lainnya adalah carbon akan terbentuk. Bahan ini adalah berbahaya jika dimakan kerana ia boleh mengakibatkan KANSER kerana ianya berbentuk carcenogenic atau boleh megakibatkan kanser.

___________________________________________________________________________________


Bahaya kan makan makanan bergoreng ni? Jom ubah cara masakan kita supaya kesihatan kita lebih terjaga dan paling best dapat membantu anda dalam proses nak kurus! Ada banyak alternatif lain yang boleh anda gunakan selain menggoreng seperti gunakan air fryer, panggang, bakar atau pun kukus. 


Dalam program coaching kurus 21 hari kami, setiap peserta akan dibekalkan dengan E-Book Resepi Sihat 21 Hari yang mengandungi pelbagai resepi diet sedap dan sihat tanpa perlu menggoreng. 

Jom kita lihat testimoni beberapa peserta program!









PROGRAM KURUS DENGAN ILMU SECARA SIHAT

•Meal plan makan 5 kali sehari
•Nutrition untuk Sarapan & Dinner disediakan
•Group Coaching & One-On-One Coaching
•Tips,Info & Ilmu pemakanan hari-hari
•COACH PERIBADI

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sertai Program 21 Hari Coaching Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @azura_coach untuk update terkini

TELEGRAM CHANNEL: COACH AZURA

WHATSAPP: SAYA NAK KURUS!

Comments

Popular posts from this blog

HERBALIFE TEA MIX: MITOS VS FAKTA

HERBALIFE COLLAGEN : BEST KE?

HERBALIFE SHAKE: MITOS JE TU!